Saturday 6 April 2019

KEMBARA ILMU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


KEMBARA ILMU

Sejak semalam asyik risaukan sesuatu.
Entah apa yang difikirkan, diri sendiri tak pasti.
Yang pasti macam mana susah pun, mesti sampai juga ke destinasi ilmu ini.
Allahuakbar.
Kenapalah lalai sangat mengikut rasa dan membina mahligai dosa ini?

Istighfar, selawat dan mengucap panjang diri ini.
Rasa insaf. Bukan apa bebankan diri fikirkan semua itu.
Dalam waktu ini, perkara pertama adalah memohon dahulu kepada Allah.
Hanya dia sahaja yang mampu gerakkan semuanya.

Maka diri ini menadah tangan berdoa kepada Allah yang maha esa.
Mohon agar perjalanan dalam menuntut segunung ilmu ini dipermudahkan.

Syukur Allah aturkan dengan baik dan lancar sekali.
Disetiap langkah dihiasi dengan selawat, zikir dan istighfar. Jujur bukan nak menunjuk diri ini hamba Allah yang sempurna, tapi itulah amalan yang telah dipelajari satu masa dahulu.

Membayangkan dan berdoa bahawa Allah telah melancarkan perjalanan ini.
Bukan mudah.
Berjalan sendirian. Tapi jika diimbas kembali perjalanan sahabat-sahabat Nabi dalam menuntut ilmu dan menyebarkan syiar Islam, maka apalah sangat perjalanan yang tak seberapa ini.

Allah selalu disisi.
Setia menemani. Asalkan jangan lupa dan alpa.

Bergerak seawal jam 4.50 pagi, sehingga coretan ini ditulis, belum lagi dapat lena sepenuhnya. Kemudahan awam sudah tersedia dengan lengkapnya. Maka terpulang kepada diri nak mengunakan yang mana terlebih dahulu.

Sepanjang perjalanan, tak putus berdoa agar dapat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Dengan menggunakan pengangkutan Grab Car, maka sampai lebih awal dari perserta kursus yang lain. Yang lagi hairan, pusat kursus itu pun belum dibuka lagi.

Ajaib kuasa Allah bukan.

Diaturkan perjalanan lebih cantik dari perancangan sendiri.
Dia yang maha berkuasa akan segalanya.

Selain dapat mempelajari satu ilmu baru tentang ebook store dan sebagainya, berpeluang juga berkenalan dengan Hifzalia dan juga beberapa sahabat baru yang lain. Berkenalan dengan mereka semua hanya secara online. Kini berpeluang pula berjumpa bertentang mata.

Rezeki bukan hanya setakat ilmu. Tapi rezeki berkenalan dengan Mazliana dan suaminya Tuan Hasnol,Hazwani juga Zuraini Razali.

Mereka semua orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Masih banyak lagi perkara yang mesti diri ini pelajari. Satu pergembaraan yang bukan mudah dalam serba kekurangan ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat Puan Masayu Ahmad yang telah menganjurkan semua program taklimat Kelas Ebook Store ini. Tak lupa juga buat Ustaz Firdaus selaku penceramah yang memberi penerangan tentang Ebook Store.

Alhamdulilah.
Segalanya berakhir dengan baik sekali.
Walau masih belum pandai menggunakan semua ilmu yang dipelajari, insyallah berusaha sebaik yang mungkin dalam lakukan yang lebih baik.

Yang pasti kembara ilmu bukan berhenti dipersimpangan ini,malah akan diteruskan sehingga tercapai sehingga ke puncak kejayaan.


Sekian
Sariah Awang Senik


1 comment:

  1. Alhamdulillah akhirnya sampai juga akak ke sesi ni dan bertemu juga kita ya. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat dan sama-sama kita terus menulis!

    www.hifzaila.blogspot.my

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...