Monday 15 April 2019

KEMAAFAN DAN KESABARAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Dia dah buat kehidupan kau bertukar kepada 360 darjah, kau masih nak maafkan dia macam tu sahaja?

Sukarkan nak maafkan orang yang pernah buat hidup kita menderita?
Lebih perit itulah insan yang paling kita sayang, percaya dan saling cinta-mencintai satu masa dahulu.

Tapi ingat!
Semuanya kuasa Allah.
Kalau Allah nak duga, dalam sekelip mata semua akan berubah.
Sangat pantas masa berlalu.

Dari hidup melayari bahtera bersama-sama kini rasa diri bagaikan tak berguna langsung.

Namun kembalilah kepada Allah. Berbicaralah selayaknya laksana pasangan kekasih yang saling merindui kepada Allah yang maha esa.
Semuanya adalah kesilapan dari dalam diri kita sendiri.

Allah hanya nak menduga, sejauh mana hubungan suci dan kasih sayang ini.
Benarkah segalanya berpaksi kepada Allah ataupun sebaliknya?

Allahuakbar. Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui dan dapat membaca segala isi hati ini.
Apabila telah musnah akan satu mahligai, terpulang kepada sang suami atau sang isteri untuk belajar dari apa yang berlaku.

Usah menyusahkan diri atau menyalahkan diri sendiri. Tiada guna dan sangat membuang masa. Ada baiknya berbalik kepada Allah dan mengadulah sepuasnya dan biarkanlah rasa sedih, kecewa mengalir deras bagaikan lahar gunung berapi ke tempat yang sepatutnya.



Salah satu keajaiban diri yang paling termahal dalam diri seorang hamba Allah adalah kemaafan.

Maafkan sahaja semuanya.
Biar perit, tapi dalam masa yang sama berdoalah kepada Allah, agar dikurniakan segunung kekuatan untuk memaafkan insan tersebut.

Percayalah kemaafan itu amat sukar.
Lebih-lebih lagi kepada insan yang paling kita sayangi.
Memberi satu kemaafan adakalanya bagaikan merentap seluruh jiwa seorang yang bergelar hamba Allah.

Maafkan sahaja. Lupakan dan bersabarlah.
Bagaikan satu magik dan saling perlu memerlukan itulah ajaibnya disebalik kemaafan dan kesabaran.

Memang ada yang bertepuk tangan atas kemusnahan ini.
Tak kurang jugalah yang menjadi hakim menghukum sana dan sini.
Pekakkan telinga dan teruslah melangkah.

Saat ini mereka begitu teruja untuk melontarkan pandangan masing-masing. Yang jelasnya dalam bahtera ini yang tahu akan hakikat sebenarnya hanyalah si suami dan isteri.

Hikayat yang disaksikan oleh Allah sama ada suami atau isteri sudah menjalankan segala perintah dan amanah yang sepatutnya.

Berikan kemaafan itu seikhlas yang mungkin. Kerana satu masa dahulu pernah mengimpikan sebuah kebahagiaan bersama-sama.
Dan sekarang hanya sebuah kemaafan sahaja yang dapat menjamin satu kehidupan yang lebih bahagia dan tenteram.

Hiasilah kemaafan itu dengan sebuah kesabaran. Yakin dengan kemaafan dan kesabaran itu nanti bakal membuahkan satu kebahagiaan yang lebih abadi.

Dan dipenghujung sebuah kehidupan ini, akhirnya kemaafan dan kesabaran tetap jua menang.
Pasti menang walau permulaannya sangat menyakitkan.

Yang akhirnya semua kesakitan itu telah lenyap dalam kemanisan disebalik jalur-jalur dugaan yang telah dianugerahkan.


Sekian
Sariah Awang Senik



No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...