Tuesday 23 April 2019

BENCI VS SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

BENCI  VS  SAYANG

 Dalam pada kita tidak suka akan seseorang, ada baiknya kita mendoakan sahaja mereka. Daripada terus topup dosa setiap hari baik kita tukarkan sebagai gudang pahala setiap hari.

Ya. Faham sangat akan perasaan benci itu. Kadang apa sahaja yang dilakukan semua kita rasa tak berkenaan dihati.
Dah rasa benci, macam itulah.

Orang yang kita benci itu, sama sahaja macam diri kita. Manalah tahu dia sedang berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin juga orang yang kita benci itu setiap hari mendoakan kita.

Siapa tahu bukan!

Pokok pangkalnya, semua hanya Allah yang maha mengetahuinya. Saat rasa benci itu membuak-buak bak lahar gunung berapi mungkin satu masa rasa benci itu bakal bertukar simpati, sayang dan sebagainya.

Jadi ketika rasa benci telah bercambah dalam rumah hati kita, baik jangan dibiarkan memakan diri.

Semua sifat yang tak baik yang wujud dalam diri kita, usahlah dibiarkan terlalu lama. Senantiasa berdoa agar aura positif kekal berdiri megah dalam diri kita itu.

Jika ada pun wujud rasa negatif, cecepatlah padamkan dengan zikrullah dan juga selawat. Lagilah mendoakan orang yang kita benci itu. Itukan lagi afdal.

Dah mendoakan, dah zikir dan selawat, kat situ sahaja dah banyak sangat pahala yang kita dapat. Tak terhitung banyaknya. Alih-alih nanti masa diakhirat  bila malaikat buka buku amal kita, semuanya straight A. Siap dapat kepujian lagi.

Best kan macam itu!

Tak salah membenci.
Tapi jangan disimpan terlalu lama hingga terwujudnya banglo dosa.
Mohon dijauhkanlah semuanya ya.

Melalui pengalaman diri ini, pernah jugalah membenci seseorang. Tapi perasaan benci itu menyebabkan rezeki tersangkut-sangkut. Perasan juga, setiap hari ada sahaja yang tak kena.
Fikir juga, apalah dosa yang aku buat hari ini.

Jalan penyelesaiannya, ambil wuduk dan teruslah buat solat Taubat. Kalau rasa tak kena atau masih ada lagi bekas-bekas perasaan benci, buat lagilah solat Taubat.

Allah itu maha kaya.
Dia lagi suka buat lebih dari kurang.
Tambah lagi kalau bersungguh-sungguh berdoa dan bayangkan Allah ada didepan kita.
Allahuakbar.

Yang pasti, segala rasa yang wujud dalam hati kita itu, datangnya dari siapa?
Sah-sahlah dari Allah yang maha esa.
Allahlah yang miliki semua hati umatnya. Nak tukarkan rasa benci itu jadi sayang bebila sahaja Allah boleh buat semua itu.

Seeloknya kita doakan sahaja dan biar Allah yang jalankan tugasnya.
Sibuk memandai-mandai ambil alih tugas Allah, siapalah yang suruh?

Silap haribulan tempah tiket ke neraka terus. Jauh-jauhkanlah semua itu.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...