Monday 1 April 2019

RUTIN KERJA BERJALAN KAKI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Rutin Kerja Berjalan Kaki

Beginilah rutin harian Kak Long setiap hari. Setiap hari pergi dan balik dari kerja dengan berjalan kaki.
Tiada pilihan. Semuanya itu ada hikmahnya yang tersendiri.😊😊

Dulu rasa perit juga.
Tapi lama-lama dah biasalah berjalan kaki sesorang ini.
Selalunya sekitar dalam 20 minit perjalanan, sampailah ke tempat kerja.
Dan begitulah juga bila balik dari kerja.

40 minit setiap hari berjalan kaki setiap bulan dalam masa setahun, kalau dicongak  balik, macam dah terlebih exerciselah pulak.

Apa pun Kak Long rasa bersyukur walau permulaan berjalan kaki ke tempat kerja ini macam rasa perit sangat. Peritnya apabila cuaca panas dan juga terpaksa menempuh hujan lebat dan sebagainya.

Tapi alhamdulillah, sejak anak bujang sambung belajar juga si dara dah masuk sekolah menengah asrama, Kak Long bertukar shift bekerja sebelah pagi. Selalunya bangun pada pukul 4.30 am dan setelah solat Subuh, dalam jam 6.30am, mulalah Kak Long keluar dari rumah.

Kalau berjalan kaki waktu pagi ini , susananya rasa lebih aman dan damai. Mana taknya, kawasan tempat tinggal Kak Long ini masih boleh dikategorikan sebagai kawasan kampung.

Selalunya setiap kali nak keluar dari rumah ini, tak pernah lupa Kak Long mohon dulu kepada Allah agar dilindungi dari segala bahaya. Faham-faham sajalah keluar jam 6.30am itu kekadang agak gelap sikit. Jadi dengan membaca doa, bacaan ayat Al-Kursi, Al-Fatihah ini memang takkan pernah lupa. Kalau lupa mesti akan rasa tak lengkap. Kira macam makan nasi jugaklah.

Yalah nak sampai ke tempat kerja Kak Long itu terpaksa menempuh jalan pintas satu kawasan estet. Bila pepagi itu kenalah berhati-hati semasa mendaki satu kawasan bukit ditepi longkang besar.

Pernah jugalah Kak Long terserempak dengan En U dan En Ti.
Bila dah terserempak, maka selalunya Kak Long tunggu dalam masa kurang 15 minit dan pastikan semuanya selamat barulah berjalan semula.

En U dan En Ti tu pun kan makhluk Allah juga. Dah memang port diaoranglah kalau kawasan estet tu.
Selain amalkan doa, masa mula berjalan itu bolehlah kita habiskan masa berzikir dan berselawat. Itulah terapi yang paling baik.

Sesambil nikmati udara pagi yang segar,  kita boleh topup pahala apa yang patut.  Yalah, ajal semua ini mana kita tahu. Maka semua itu kan sebagai satu persediaan. Di samping itu bawaklah satu lampu suluh kecik dan pastikan keadaan sekeliling tiada yang mencurigakan.

Dah tahu berjalan kaki setiap hari, jadi taklah digalakkan membawa barang berharga seperti emas dan juga duit yang banyak. Cukup nak belanja makan, atau kalau macam Kak Long buat, bawaklah bekal sendiri.

Umur dah agak bertambah ini, kadang selera makan kat kedai tak kena gaya dengan tekak ini. Biasalah kan!
Lagipun bolehlah jimat sikit.

Sebenarnya Kak Long tiada pilihan memandangkan masih tiada rezeki nak ada pengangkutan sendiri. Insyallah ada rezeki lebih barulah pakai kereta atau motor. Anak bujang kalau dia cuti semester, jadi rutin dialah hantar dan jemput Kak Long dari kerja.

Kalau tak, bertabahlah dan berbahagia lah menikmati aktiviti jalan kaki dan anggaplah sebagai salah satu riadah setiap hari.

***********************************************

Ini, sajalah Kak Long nak kongsi manfaat berjalan kaki. Tapi janganlah salah faham pulak, Kak Long paksa semua sahabat berjalan kaki pulak. Jika diikutkan satu fakta kesihatan tentang aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya banyak.

Antaranya ialah:

Aktiviti berjalan kaki adalah murah, mudah dan selamat untuk dilakukan. Tak payah nak keluar duit bebanyak.

1) Menyihatkan jantung.
2) Mengawal tekanan darah dan mengelakkan diri dari serangan sakit jantung dan juga strok.
3) Mengurangkan stress.
4) Mengawal berat badan.
5) Mengekalkan kesihatan otot.
6) Juga dapat elakkan diri dari terkena diabiates.
7) Mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.

Ada lagi beberapa manfaat melakukan aktiviti berjalan kaki ini. Nak tahu lebih lanjut, jenguk-jenguklah satu blog kesihatan ini iaituπŸ‘‰ hkp.moh.gov.my atau mana-mana blog yang berkaitan dengan kesihatan.

Manalah tahu kut mana yang dah baca coretan Kak Long ini esok atau lusa tergerak nak buat aktiviti ini pulak. Jalan kaki itu tak semestinya jauh. Berulang-alik pun boleh. Pagi-pagi ditempat Kak Long ini ramai je makcik-makcik bangsa Cina yang suka berjalan sesambil membawa anjing pelihara mereka berjalan.

Okeylah, cukup sampai kat sini dahulu coretan Kak Long yang berjalan kaki setiap hari ke tempat kerja. Jika ada pengalaman yang lain, insyallah Kak Long akan kongsikan lagi ya!


Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...