Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Syukur hari ini sudah pun hari Isnin. Alhamdulillah syukur juga kerana masih lagi sempat jalankan tanggungjawab seperti biasa. Esok lusa belum pasti lagi kan. Untuk pengetahuan semua hari ini anak bujang tersayang saya Muhammad Aiman Hakimi akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.
Kalau ikutkan saya ini rasa sangat risau. Tapi saya tahu dia akan buat yang terbaik dalam peperiksaan percubaan SPMnya nanti. Walaupun saya tidak mampu hendak hantar dia ke kursus yang mahal-mahal, saya tahu saya telah berikan yang terbaik buat anak bujang saya ini.
Selain dari nasihat dan juga tunjuk ajar, doa tidak pernah lupa setiap kali dia melangkah keluar untuk ke sekolah. Harapan saya sebagai ibu hanyalah dia berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan menjadi contoh kepada seorang adiknya.
Apapun perjalanan dan perjuangannya masih panjang. Saya sebagai ibu tidak pernah lupa berdoa untuk kedua anak tersayang.
Untuk anak tersayang, buatlah yang terbaik dalam peperiksaan percubaan SPM ini. Apapun keputusannya ibu tetap terima seadanya.
Semoga anak tersayang berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Sunday, 21 August 2016
BUAT YANG TERBAIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment