Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Dalam melalui sepanjang perjalanan ini, pasti kita akan menghadapi pelbagai dugaan kehidupan. Ada yang manis, dan tidak kurang juga yang amat memeritkan bukan.
Bohonglah jika setiap dugaan yang datang itu tidak tinggalkan kesan dalam kehidupan kita. Pasti disetiap dugaan, kita akan rasa perit, kecewa, gembria dan pelbagai rasa lagi.
Macam makan nasilah.
Masa makan nasi dah tentulah ada lauk pauknya.
Tidak kiralah ayam, ikan daging dan juga sayur-sayuran. Dan dah tentulah setiap masakan itu ada rasa pedas, pahit dan juga masin. Bukan semua orang, tahan pedas, masin dan sebagainya. Dah tidak tahan semua rasa itu, pasti kita akan minum air untuk hilangkan semua rasa tersebut kan.
Apa pun setiap dugaan yang datang, ada hikmah disebaliknya. Maka bersyukur lah jika kita diduga.
Yang pasti apa yang berlaku dalam hidup, ada sebabnya yang tersendiri. Janganlah sesekali kita sangka Allah itu kejam dengan kita.
Kalau kita selalu cakap, " Apa pasallah Allah ini selalu nak duga aku ya?
" Agaknya banyak dosakah aku kut.?"
Pernah tidak hati kita berkata-kata demikian?
Selalunya suara-suara itu hanya sebentar sahaja. Jangan biarkan terus suara-suara sumbang itu menguasai minda kita. Apabila dah sedar kesilapan kita, tidak reti-reti lagi nak perbaiki diri dan kembali pada yang maha penciptanya. Patutnya kita bersyukur Allah tegur dan sedarkan diri kita sebelum semuanya terlambat. Mungkin Allah nak kita jadi lebih baik dan kongsikan pengalaman bersama orang lain agar menjadi pengajaran bagi semua sahabat yang lain.
Perkara yang sudah lepas jangan dikenang lagi. Jangan salahkan diri sendiri dan berusahalah perbaiki kehiduan agar menjadi lebih baik dan insha Allah bermanfat buat orang lain.
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Nota : Buat pengetahunan semua, blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan perniagan mereka.
Tiada charge dikenakan, asal produk dan perkhidmatan anda halal dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
Jika berminat boleh terus hubungi saya,
Sariah Awang Senik ataupun whatshapp 019-4075634 dan juga email sariah.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment