Tuesday, 30 August 2016

SEHATI SEJIWA

 Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sudah hampir 59 tahun, negara Malaysia merdeka. Keharmonian dan kesejahteraan ini sebenarnya terlalu mahal sekali. Untuk mencapai sebuah kemerdekaan bukanlah perkara yang mudah. Betapa banyak pengorbanan yang harus ditempuhi oleh pejuang-pejuang negara yang terdahulu. Ada yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan hak-hak rakyat jelatanya.

Walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai penduduk yang terdiri dari berlainan agama dan bangsa, namun semuanya masih tetap dapat duduk bersama-sama dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Itulah indahnya negara Malaysia yang amat dicintai dan disayangi.
Mempunyai pemikiran yang hampir sama walau berlainan agama dan bangsa.

Sehati dan juga sejiwa itulah semua rakyat Malaysia mahu di dalam kehidupan seharian mereka. Maka dengan sebab itulah setiap kali hari kemerdekaan tiba , kita haruslah terus berdoa semoga negara yang kita sayangi ini terus kekal aman dan sejahtera selalu.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...