Monday, 29 June 2020

HANYA KERANA 10 SEN

KERANA SEPULUH SEN

Semoga Allah ampunkan segala kekhilafan diri ini.

Ya Allah kurniakanlah kesabaran dalam menghadapi insan-insan ini.

Kemungkinan dia sedang melalui sesuatu yang amat sulit atau sedang mengalami kesakitan.

***********************************************

" Saya nak air jambu ini. Berapa harganya ya?"

Seperti biasa diri ini menjawab.

" RM 2.10 "

" Kenapa mesti ada 10 sen. Letak sajalah RM 2.00. Menyusahkan orang betul. Semua mahal. " Bentak seorang lelaki dalam usia lingkungan 60 tahun.

Sekali lagi menjawab dan cuba membela diri.

" Maaf En, saya hanya seorang pekerja dan bukan pemilik kedai ini. Lagipun kami ada SST. Dan kalau Encik masih tidak puas hati lagi boleh hubungi majikan saya di resit jualan yang berkenaan."  

" Itu sahajalah yang korang tahu nak cakap. Tak de modal yang lain. Tak ingat susah rakyat ini macam mana. " Dalam nada yang agak keras.

Malas nak menjawab dan dalam hati terfikir, entahkan dosa apa yang diri ini telah lakukan hingga Allah menguji dengan kehadiran hamba Allah ini.

Namun dalam masa yang masa, cara pak cik cakap seolah-olah macam diri Kak Long ini bukan rakyat marhaen pulak.

Terasa kelakar pun ada.
Kalau tergelak, mahunya naik minyak lagi 
pak cik ini.

Namun dek kerana sepuluh itulah, dia dah dua kali  minum air jambu, dah beli air mineral dan juga belikan cucunya gula-gula. Maknanya sudah dua kali juga keluar masuk kedai majikan Kak Long ini.

Tetapi mulutnya tetap juga merungut.

Tidak mahu menghukum pak cik ini, hanya berdoa agar Allah tenangkan hatinya dan dikurniakan segala kemudahan atas segala urusannya.

#coretanRR

No comments:

Post a comment

HANYA KERANA 10 SEN

KERANA SEPULUH SEN Semoga Allah ampunkan segala kekhilafan diri ini. Ya Allah kurniakanlah kesabaran dalam menghadapi insan-insan ini. Kemun...