Sunday 5 May 2019

AZAM RAMADAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulilah. Hari pertama dan pagi pertama di bulan Ramadan 2019. Terasa ada satu kelainan dan terlahirlah satu azam yang kini membuku dihati.

Sejujurnya diri ini taklah sesempurna mana. Masih lagi dalam process pembelajaran dan gigih berusaha memperbaiki diri sendiri. Perbaiki kehidupan dan kelemahan diri. Paling penting berimpian untuk menjadi seorang muslimah yang sebagaimana yang dituntut oleh Allah yang maha esa.

Tahun ini membina satu azam. Mungkin pada yang lain, azam ini nampak biasa. Tapi sangat bermakna dan patutnya lebih tegas demi yang terbaik buat disana nanti.

Menyimpan keazaman untuk pergi bersolat Terawih. Selama ini solat Terawih hanya dilakukan dirumah sahaja. Memandangkan selama ini bekerja di shift petang maka agak sukar melakukan solat Terawih kecuali kalau hari cuti.

Selama hampir berbelas tahun bekerja dishift petang dan apabila ada sahaja peluang bertukar ke shift pagi, maka syukurlah segalanya dipermudahkan.

Untuk tahun ini menyimpan satu keazaman untuk mengerjakan ibadah ini segigih yang mungkin. Berapa banyak pahala dan ganjarannya biarlah Allah yang menentukan semuanya.

Dan untuk sampai ke surau tersebut juga merupakan satu cabaran yang hebat. Memandangkan surau tersebut taklah dekat mana tapi tetap nekad juga untuk  menjejakkan kaki bersolat terawih disana. Dengan tidak mempunyai pengangkutan yang lain kecuali kudrat yang Allah anugerahkan, yakin pasti Allah ada jalan untuk permudahkan niat yang satu ini.

Mencetuskan rasa diruangan ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan diri sudah terlalu baik tapi sebenarnya mengingatkan diri akan tujuan dan makna sebuah penghijrahan ini. Tak ingin membuang masa memikirkan apakah pandangan orang lain, maka biarlah dan redha atas apa sahaja yang mereka katakan.

Biarlah dan diri ini sudah memaafkan dari awal apakah yang bakal mereka perkatakan.
Harapannya kalaupun tidak sebulan lengkap bersolat terawih sekurang-kurangnya dapatlah dilakukan seminggu dua atau tiga kali.

Mohon juga doa dari rakan-rakan fb juga rakan yang lain agar mendoakan semoga segalanya dipermudahkan. Yang pasti kalau niat benar kerana Allah jujur dan ikhlas pasti Allah dah aturkan yang terbaik.
Insyaallah. Alhamdulillah.

Sekian
Sariah Awang Senik

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan amal ibadat akak sepanjang bulan puasa ni. Doakan saya juga!

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...