Monday 6 May 2019

HILANG SEKELIP MATA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Entahlah apa yang Allah nak sampaikan. Mungkin juga satu peringatan buat diri supaya terus istiqamah dalam memberi dan juga membantu hamba Allah lain.

Berkongsi akan secebis kisah ini di bulan Ramadan yang mulia bukanlah nak menunjukkan diri ini dah terlalu baik. Tapi berusaha menjadi yang terbaik buat keluarga dan pastinya tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ini.

Syukur.
Allah pertemukan rezeki untuk mengenali siapa hamba Allah ini sebenarnya. Usia masih muda dan sebaya dengan anak bujang tersayang. Mengenali diri hamba Allah ini umpama melihat anak sendiri.

Baru sahaja kehilangan kedua orang tua tercintanya awal tahun ini dalam sebuah kemalangan. Dalam sekelip mata, dia hilang kasih sayang seorang yang bernama ibu dan juga ayah. Arwah ibu dan ayahnya juga tidaklah terlalu berumur. Sekitar lingkungan umur 30 tahun lebih ke atas.

Aduh!
Besar betul dugaan anak dara ini.
Dan pastinya ada hikmah terbesar yang menanti dirinya serta adik-beradiknya yang lain. Masih lagi sedang belajar disalah sebuah institusi pengajian di Terengganu.

Mulanya perasan juga di ig dan fb, dia banyak like dan follow semua status yang positif. Tertarik dengan perkongsian ataupun status fb diri ini yang jarang berbau negatif.

Ehemm!
Tak siapa tahu diri ini juga selalu juga dibadai ombak negatif. Ada masa ombaknya sangat menguji kesabaran dan tahap keimanan ini.
Mujurlah ada sahabat dan juga group-group positif yang senantiasa memberi semangat dan juga tunjuk ajar.

Berusaha juga untuk tahu bagaiman dia mengharungi kehidupannya setiap hari. Katanya, dia tak mempunyai ramai kawan. Ada juga kawan yang tak banyak memberi dorongan terhadap dirinya.

Terbit satu kerisauan terhadap anak ini. Betapa dia sangat rindukan kasih sayang seorang ibu dan juga ayah. Dia perlukan perhatian dan dorongan agar terus kuat melawan badai kehidupan dan tidak rasa tersisih.

Pesan diri ini terhadapnya, agar terus istiqamah berdoa untuk kedua arwah ibu dan juga bapanya. Serta berpesan jika ada sebarang masalah walau kecil atau besar mohon janganlah dipendam masalah yang ada.

Tertanya juga dari kalian rakan fb yang dihormati, apakah lagi bentuk bantuan yang dapat diberi selain daripada wang ringgit?
Anak ini seorang anak perempuan dan sebagai seorang ibu atau bapa mesti kalian ada pandangan yang tersendiri.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...