Sunday 5 May 2019

APABILA ADIK PUJI SI ABANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Sayu mendengar suara orang ngaji di surau terdekat. Diri ini masih tak mengizinkan untuk ke sana. Insyaallah esok atau lusa sampailah juga.

Syukur juga dapat jumpa si anak dara biarpun sekejap.
Walau dia hanya outing sahaja, tapi macam-macam hal yang dia cerita dan kongsi.

Nampak agak kurus kerana sedang sibuk berlatih bermain bola tampar.
Tadi anak dara sempat bercerita tentang abangnya.

Katanya dia kagum dengan abangnya sendiri. Abang boleh buat kerja yang susah-susah. Macam menebas, mesin rumput dan sebagainya. Abangnya juga tak malu nak buat kerja part time walau hanya tukang buat air dan cuci cawan.

Terus Kak Long tanya dia, " Adik sayang abang tak?
" Mestilah sayang. Abang kan limited edition. Serba boleh. Repair lampu, masak, basuh baju. " kata anak dara lagi.

" Amboi, tinggi macam gunung Everest adik puji abang. Ada apa-apa ke? Tanya Kak Long lagi.

" Mana adalah. Adik cuma kagum dengan abang. Adik pun nak jadi macam abang jugak . Semua pun boleh buat. ! " Jawabnya lagi.

" Yeke! Ke adik hanya pandai buli kucing jer? Sebab bila adik balik semua kucing ibu nak tidur kat tempat tersembunyi sebab takut kena peluk atau cari kutu kucing! Kak Long berseleroh dengan anak dara.

" Bagilah adik masa nak belajar semua tu. Nanti lelama adik pandailah. Ibu tak caya nanti ibu tengok sendiri ya! Senyum melebar dia penuh yakin.

Tak lama kami bersembang abahnya sampai di depan pagar rumah. Antara Kak Long dengan abahnya kami memang tak pernah bercakap.

Hanya anak-anak yang berhubung dan berbual mesra. Tak pelah. Biarlah begitu. Asal sahaja niat baik, alhamdulillah.
Selebihnya berserah sahaja kepada Allah.

Salam Magrib dan selamat bersahur.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...