Wednesday, 5 August 2015

SIKAP EGO BINASAKAN KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, rasanya agak lama juga tidak berkesempatan untuk menulis entri yang baru di blog kesayangan ini. Alasan sibuk bukanlah penghalangnya, namun semuanya adalah terletak di atas diri sendiri untuk membahagikan masa yang ada sebaik yang mungkin. Apapun saya nekad untuk lebih konsisten dan juga fokus kepada matlamat yang ingin dicapai dan pastikan ianya tidak lari dari landasan yang sepatutnya.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang teramat unik dan istimewa sekali. Perwatakan yang ada pada sesetengah manusia semuanya berbeza diantara satu sama yang lain. Berjaya ataupun tidak kehidupan yang dilalui oleh seseorang semuanya bergantung kepada sikap yang ada pada seseorang manusia. Kita tidak dilahirkan sempurna serba serbi. Walaupun cukup sifat seseorang ianya masih mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Semakin banyak kesilapan yang dilakukan oleh seseorang pasti akan dapat memberikan sebuah pengajaran kepada seseorang. Namun ada juga manusia yang bersikap terlalu ego dan langsung tidak mahu bertolak ansur dan lebih rela kehilangan segalanya demi menegakkan keegoaan yang berada di dalam dirinya. Sikap ego ini memakan dirinya sedikit demi sedikit dan akhirnya kehidupan yang dilaluinya langsung tidak bermakna dan tiada seri lagi kehidupannya selama ini.

Setiap daripada kita, ada sikap egonya yang tersendiri. Ada juga tahap kegoaan yang masih rendah dan masih boleh ditegur dan juga diperbaiki. Tetapi tidak semua orang mempunyai tahap egonya yang rendah. Yang lagi memburukkan keadaan ialah meletakkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain dan langsung tidak mahu mengaku akan kesilapan yang telah dilakukan selama ini. Demi kerana sikap egonya telah membuatkan diri seseorang sombong dan merasakan diri lebih hebat dan orang lain dan memandang orang lain lemah dan juga tidak berdaya.

Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah diri seseorang yang bersikap ego ini. Ada juga kerana sikap ego telah membuatkan seseorang telah kehilangan semua orang yang disayanginya dan lebih rela menyimpan egonya daripada mengaku akan kesilapan dan juga belajar menerima kenyataan. Semoga kita tidak mempunyai sikap ego yang terlalu tinggi yang boleh membuatkan kita jadi buta hati dan langsung tidak mahu mengambil pengajaran akan setiap bentuk kesilapan yang telah kita lakukan selama ini.

Coretan Keegoaan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...