Tuesday, 11 August 2015

MISI MENCARI DANA UNTUK TABUNG PENYAKIT KRONIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Gambar Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hujan lebat dan cuaca mendung dan nyaman. Di kesempatan inilah masanya waktu yang paling untuk berdoa tentang apa sahaja yang kita inginkan. Namun berdoalah yang terbaik dan pohonlan hanya yang terbaik dari Allah yang maha berkuasa.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes-kes yang melibatkan penyakit kronik dan sukar untuk diubati tanpa melibatkan kos rawatan yang sangat tinggi. Banyak kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil dan juga bayi. Tidak kurang juga orang-orang dewasa. Kesemua pesakit ini memerlukan kos rawatan dan juga perbelanjaan yang sangat tinggi demi meneruskan kehidupan seharian masing-masing. Keluarga pesakit yang menghidap penyakit kronik ini bukanlah berasal daripada keluarga yang berada. Rata-rata kebanyakan mereka berasal daripada keluarga yang sederhana dan juga ada yang kurang berkemampuan. Ada juga sebilangan ibu ataupun bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak mereka yang sakit dirumah.

Ibubapa ini terpaksa berkorban apa sahaja demi untuk melihat anak-anak mereka dapat menjalani kehidupan yang normal seperti mana kanak-kanak sihat yang lain. Saya sendiri sebagai penulis yang bertanggungjawab menulis entri ini, bagaikan terpanggil untuk membantu apa yang termampu walaupun bukan dari segi kewangan. Berpengalaman menjaga pesakit yang menghidap penyakit kronik termasuk arwah bonda dan juga anakanda tersayang yang telah lama meninggal akibat daripada penyakit kronik ini.

Setelah melalui sendiri pengalaman inilah saya berusaha menulis entri ini untuk mencari dana untuk menubuhkan tabung penyakit kronik di setiap hospital kerajaan bagi membantu ibubapa pesakit yang kurang berkemampuan.

Sebenarnya saya aktif mengikuti sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Usrah Amal Till Jannah yang kini sedang berusaha menubuhkan tabung penyakit kronik ini untuk ditempatkan di setiap hospital kerajaan di Malaysia. Kemungkinan besar terdapat banyak peraturan untuk menubuhkannya. Namun dengan menulis entri inilah adalah salah satu usaha saya di dalam mencari dana ataupun sumber kewangan untuk menubuhkan tabung penyakit kronik ini.

Perbelanjaan bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik ini amatlah tinggi. Kos rawatan dan juga ubat-ubatannya amatlah mahal. Ada keluarga pesakit yang juga tinggal jauh dari bandar dan terpaksa berulang-alik hampir setiap bulan untuk mendapatkan rawatan susulan bagi merawat penyakit kronik anak mereka. Kebanyakan doktor-doktor pakar pula bukannya terdapat di setiap negeri. Ibubapa ini terpaksa datang ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan doktor pakar yang dapat merawat anak mereka yang menghidap penyakit kronik.

Bersama-sama dengan beberapa orang ahli sukarelawan dari Usrah Amal Till Jannah saya berusaha menulis entri ini bagi mencari dana untuk tubuhkan tabung penyakit kronik di setiap hospital kerajaan. Saya pasti ada ramai lagi rakyat Malaysia yang berhati mulia dan mempunyai segala-galanya yang dapat membantu saya dan ahli sukarelawan yang lain dari Usrah Amal Till Jannah untuk menjadikan impian ini satu kenyataan.

Bagi para pembaca blog yang singgah membaca dan mempunyai sebarang idea untuk tubuhkan tabung penyakit kronik di setiap hospital kerajaan ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik, ataupun boleh terus whatshapp saya di no 019-4075634 dan email saya sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Usrah Amal Till Jannah
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...