Monday, 27 July 2015

SYAWAL INI KAMI BERSATU KEMBALI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah masih lagi 'mood' berhari raya. Selama sebulan berpuasa, dah tentulah berhari raya selama sebulan. Namun itu bukan bermakna semua rutin harian terhenti gara-gara nak berhari raya. Memandang saya tidak tinggal bersama keluarga dan duduk berlainan negeri, saya dan adik-beradik yang lain jarang berjumpa dan berkumpul bersama-sama. Menjenguk kedua orang tua saya pun hanya sesekali sahaja.

Selalunya sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim perayaan, terutamanya sambutan hari raya Aidilfitri, saya dan anak-anak akan pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga tersayang. Syukur alhamdulilah, hari raya kali ini saya dapat menyambutnya bersama kedua orang tua dan juga adik-beradik yang lain. Setiap kali pulang ke kampung, keadaan persekitaraan di rumah abah, sangat berbeza. Susananya aman damai dan juga nyaman sekali. Kadang-kala saya hampir kesiangan dan pernah sekali terlepas solat subuh. Anak-anak juga suka pulang ke kampung dan menghabiskan masa bersama-sama Aki mereka.

Syawal pada kali ini sangat bermakna. Kerana tidak seperti tahun lepas yang terpaksa bersolat raya di ruangan belakang masjid. Saya, anak-anak makcik, abah dan juga anak-anak buah yang lain telah berpeluang menuaikan solat hari raya Aidilfitri. Alhamdulilah syukur, saya dan keluarga dapat bersama-sama kembali. Walaupun tidak semewah dan juga tidak serba baru seperti yang lain, namun saya sangat berasa bersyukur kerana dapat pulang ke kampung meraikan hari raya yang mulia ini bersama dengan keluarga tersayang.

Saya berdoa semoga keharmonian keluarga saya akan terus berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Coretan Syawal Yang Mulia
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...