Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah telah pun 13 hari kita berpuasa dan juga melakukan segala ibadah yang lain. Nyata dugaan di bulan Ramadan ini terlalu hebat dan hanya kesabaran dan juga keimanan yang kuat untuk mengatasi segala rintangan.
Agak berbeza sepertimana bulan Ramadan yang lepas, dimana saya lebih suka membeli daripada memasak. Namun banyak kali juga saya terkena dengan juadah masakan yang kurang sedap dan tidak tahan lama.
Sudahlah dengan harganya yang sangat mahal, juadahnya juga cepat basi dan tidak sempat untuk disimpan untuk bersahur nanti. Kebanyakan juadah ada juga yang sedap, tetapi semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika bernasib baik, alhamdulilah elokkan juadah tersebut dan dapat disimpan untuk bersahur nanti.
Tidak banyak berbeza dengan tahun yang lepas, tahun ini walau sepayah mana sekalipun, saya tetap berusaha memasak sendiri juadah berbuka untuk keluarga tersayang walaupun hanya memasak telur goreng sahaja.
Sejak hari pertama hinggalah ke hari ini, saya masih meneruskan azam Ramadan saya untuk terus memasak untuk anak-anak tersayang. Selain daripada itu, saya juga berusaha untuk tidak terlalu memikirkan tentang masalah dan cuba mencari peluang disebalik semua masalah yang ada.
Masalah yang dihadapi berbeza setiap hari. Banyak sangat perkara-perkara yang negatif yang berlaku di hadapan mata. Namun bukan mudah untuk terus kekal dan bersabar dengan setiap dugaan yang datang melanda kehidupan saya yang serba sederhana ini sahaja.
Nampaknya anak-anak telahpun lena dibuai mimpi yang indah. Si anak dara sangat berpuas hati, kerana semua keinginannya tercapai pada hari ini. Manakala si abangnya pulang agak lewat petang dan keadaannya pada petang tadi nampak sangat letih. Hari ini saya sempat memasak Sup Tulang Daging Lembu dan juga beberapa jenis kuih-muih yang diberi oleh jiran tetangga.
Hari semakin lewat malam. Panasnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya terpaksa berhenti disini terlebih dahulu. Insha Allah, esok saya akan sambung menulis dengan entri yang lebih menarik lagi.
Coretan Azam Ramadan
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment