Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum, Warahmahtuallahiwabarakatuh. Semoga pembaca-pembaca dan juga rakan-rakan berada di dalam keadaan sihat dan juga sejahtera. Syukur rahmat Allah yang tiada ternilai harganya. Begitu juga diri saya yang berasa sangat bertuah kerana masih berkesempatan untuk menulis satu entri dan juga berkongsi sedikit pengalaman yang telah dilalui di sepanjang sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu.
Bahang hari rayanya masih terasa walaupun dah hampir seminggu berlalu. Di sana sini sibuk rakan dan taulan juga sanak saudara ziarah menziarahi antara satu sama yang lain. Aidilfitri pada tahun.ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Hampir setiap tahun saya akan meraikan sambutan Aidilfitri ini bersama-sama keluarga tersayang. Sambutan kali ini agak berbeza kerana saya dan juga abah telah menerima kunjungan istimewa saudara sebelah abah yang berasal dari Pasir Mas Kelantan. Abah juga mempunyai saudara yang tinggal di daerah Dabong Kelantan. Kali terakhir saya bertemu dengan mereka semua ialah semasa saya masih lagi bersekolah menegah. Ternyata walaupun masing-masing telah berumur namun mereka tetap gagah dan sabar memandu dari negeri cik Siti Wan Kembang datang ke rumah abah . Abah pula sangat gembria dan mereka sibuk berbual tentang pelbagai perkara.
Ternyata walaupun harta benda serta rumah mereka rosak teruk dilanda banjir buruk yang melanda pada tahun yang lepas. Mereka tetap bersyukur dan redha dengan segala ketentuan yang telah Allah tetapkan dan dari riak wajah mereka langsung tidak pernah merasa menyesal diatas apa yang telah terjadi kepada semua harta mereka tersebut. Menjalani kehidupan seperti biasa dan cuba membina kembali apa yang telah sedikit demi sedikit. Walaupun telah berumur 91 tahun, mereka tetap kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
Apabila ditanya apakah amalan yang mereka amalkan, mereka berkata tiada apa yang istimewa. Mengamalkan membaca al-quran, bersolat tepat 5 waktu, berzikir dan juga bersedakah. Bersihkan hati dari semua sifat negatif dan tidak pernah sesekali mengeluh dengan setiap dugaan hidup yang Allah telah tetapkan. Malah merasa sangat bersyukur dengan setiap musibah yang menimpa terhadap seluruh kehidupan.
Sempat berbual seketika dengan mereka. Ada juga mereka memberi nasihat agar tidak malu dengan status diri sebagai seorang ibu tunggal. Kerana itulah gelaran istimewa hanya untuk wanita istimewa yang Allah telah pilih untuk mengangkat martabat seseorang wanita. Katanya lagi, didiklah anak-anak dengan ajaran agama dan ingatkan mereka tentang solat dan juga amalan yang lain. Jangan pernah sesekali rasa kecewa jika gagal di dalam sesuatu bidang ataupun apa sahaja. Berusaha, bertawakal dan berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan di dalam sesuatu pekerjaan.
Abah dan juga saudara maranya sempat juga menziarahi saudara mara di Sg Ruan Raub Pahang. Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat berjumpa semua saudara mara di sana namun mereka tetap merasa bersyukur. Sebelum meneruskan perjalanan pulang semula ke Pasir Mas Kelantan, mereka sempat mempelawa abah dan juga saya adik beradik untuk melawat mereka semua di Pasir Mas Kelantan. Agak teharu dan sangat teruja untuk pergi melawat mereka semua suatu hari nanti, insha Allah.
Nota : Gambar kenangan Syawal abah dan juga saudara maranya dari Pasir Mas Kelantan.
No comments:
Post a Comment