Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Cepatnya masa berlalu. Tidak lama lagi bulan Ramadan bakal berakhir dan tibalah giliran bulan Syawal pula. Bulan kegembriaan meraih kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dan juga mengawal segala nafsu yang ada di dalam diri seseorang. Bukan mudah juga untuk mengawal nafsu dan sudah tentu semua itu dapat diatasi dengan menghabiskan masa yang ada untuk beriman kepada Allah yang maha esa.
Begitu jugalah dengan diri saya. Tidak bulan Ramadan ataupun Syawal pasti terlalu banyak pekerjaan yang harus saya lakukan. Alhamdulilah sepanjang bulan Ramadan ini saya telah berjaya memasak sendiri juadah berbuka untuk anak-anak tersayang. Syukur juga kepada tuhan, anak-anak banyak membantu saya menguruskan segala hal tentang urusan rumahtangga.
Semalam hari Ahad. Saya telah memberitahu anak-anak bahawa hari raya Aidilfitri akan disambut secara sederhana dan apa yang telah tersedia sahaja. Namun apa yang pasti baju hari raya anak-anak tetap ada dan jikalau ada duit yang terlebih barulah saya akan membeli baju hari raya saya sendiri. Anak lelaki sibuk mengemas rumah bermula dengan mencuci kipas, menyapu rumah dan juga mengemas segala buku-buku sekolahnya agar tersusun kemas dan teratur. Anak yang perempuan juga bekerjasama dengan si abangnya agar semuanya berjalan teratur kemas dan juga lancar. Rumah ' Syurga' kami yang kecil dan comel ini tidaklah semewah orang lain. Hanya berupa sebuah perumahan kos rendah 2 tingkat dan di sebuah kawasan kejiranan yang amat sederhana.
Yang pasti kawasan kejiranan ini mijoritinya adalah bangsa Cina. Namun mereka sangat mengambil berat di antata satu sama yang lain. Berbalik kepada rumah ' Syurga' saya tadi, saya dan anak-anak bergotong royong membersihkan seluruh kawasan rumah. Tidak perlu perabot yang mahal dan mewah cukuplah sekadar nampak bersih dan juga teratur.
Di dalam pukul 2.30 pm petang saya telah selesai mengemas dan juga memasak. Setelah itu saya akan tergesa-gesa membersihkan diri dan juga bersiap-siap untuk ke tempat kerja saya semula. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan juga teratur.
Coretan Mengemas Rumah
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment