Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Dalam kehidupan seorang ibu ini, tiada yang lebih bermakna dan membahagiakan sebenarnya. Melihat anak-anak tersayang membesar dan mendapat pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya. Selain sanggup berkorban apa sahaja demi cinta dan kasih sayang kepada anak-anak.
Itulah kehidupan saya yang serba sederhana dalam semua segi. Mempunyai anak-anak yang tidak banyak menimbulkan masalah, adalah satu REZEKI dari Allah yang tiada tolak bandingnya. Anak adalah satu anugerah dan amanah yang harus dijaga sebaik yang mungkin dari Allah yang maha esa.
Begitu jugalah dengan anak bujang saya yang seorang ini. Walaupun saya seorang ibu tunggal, tapi saya berusaha memberikan kehidupan dan didikan yang terbaik buat anak bujang dan juga sidara tersayang. Kalau nak tahu, dia dah terbiasa hidup berdikari sejak berumur 14 tahun lagi.
Ketika itu, saya baru sahaja berpisah dengan abahnya. Memang perceraian memberi impak yang besar kepada anak-anak saya. Tapi dengan sebab itu juga , saya berusaha sedaya upaya mendidik anak-anak agar tidak terasa kekurangan dan juga diabaikan. Pada peringkat permulaan memanglah susah. Namun alhamdulillah, syukur saya dan anak-anak dah dapat atasi semua rintangannya.
Perceraian ini terjadi tanpa saya bayangkan dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu. Saya dah berusaha apa yang termampu untuk selamatkan rumahtangga ini, tapi hakikatnya, jodoh hanya sampai disitu sahaja. Saya redha dan pasrah.
Akibat daripada itu semua, anak bujang saya ini berusaha hidup berdikari dengan cara yang tersendiri. Masa umurnya 14 tahun, dia telah bekerja secara partime sebagai tukang buat air dikedai berdekatan dengan tempat saya bekerja. Memang masa memula itu dia agak kekok, tapi syukur dia belajar semuanya secara beransur-ansur.
Selesai sahaja seisi persekolahan pada hari Jumaat, petangnya sahaja dia telah bekerja. Hanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dia bekerja. Hari biasa dia akan bersekolah seperti biasa. Saya selalu ingatkan dia supaya utamakan pelajaran dahulu sebelum perkara yang lain. Duit hasil dia bekerja itu, digunakan sebagai duit poket untuk belanja sekolah. Ada masanya memang saya akan bagi duit belanja, tetapi bukanlah setiap masa.
Kadang-kadang keadaan kewangan saya juga tidak mengizinkan. Tapi dia sangat faham dan jarang menyusahkan saya. Kini dia dah terbiasa hidup berdikari dan kini mengambil peranan sebagai seorang ketua keluarga kepada keluarga saya yang comel ini.
Menjaga adiknya masa saya keluar bekerja dari petang hinggalah larut malam. Dia juga dah pandai memasak untuk adiknya. Menghantar adiknya ke sekolah dulu, sebelum dia ke sekolah. Kalau seisi awal sekolah, suka tanya dulu, barang sekolah adiknya dah cukup ataupun tidak.
Macam itulah selalu sikapnya sejak dulu lagi. Ketika saya sedang menulis entri ini, dia tidak lama lagi bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Walaupun peperiksaannya hanya beberapa hari saja lagi, dia tetap berusaha meluangkan masanya untuk bekerja. Semua yang dilakukan adalah atas dasar ingin menolong dan rasa tanggungjawabnya terhadap tugasnya.
Pengalamannya bekerja secara sambilan selama hampir 4 tahun telah banyak memantangkan dirinya dan mengajar dia menjadi lebih berdisplin dan bertanggungjawab. Sebagai seorang ibu, saya tidak pernah menghalang dia untuk berkawan dengan rakannya yang lain. Tapi saya berusaha memantau dan memberi nasihat apa yang patut dan yang tidak sepatutnya.
Walau dia sibuk bekerja, tapi dia juga aktif disekolah. Dia sukakan acara sukan pecut, aktif dalam badan beruniform dan sangat kreatif dalam seni khat. Jadi tidak hairanlah dia selalu menjadi wakil untuk sekolahnya untuk bertanding. Hanya DOA dan harapan yang terbaik buat anak bujang saya yang seorang ini. Dan juga semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati dia selalu.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Tuesday, 25 October 2016
LINDUNGILAH DAN RAHMATI ANAK TERSAYANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment