Wednesday, 26 October 2016

BLOG SEBAGAI SALAH SATU MEDAN KEBAJIKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Cepat sungguh masa berlalu.
Tidak lama lagi nak sambut perayaan Deepavali pulak. Pasti sekarang kaum-kaum India sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan Pesta Cahaya ini.
Dan dengan sebab itulah, hari Jumaat nanti, saya terpaksa bekerja dari SHIFT pagi sampailah ke malam.
Doakan agar semua tugas saya berjalan dengan lancar ya.

Hari ini saya bercuti rehat. Jadi sempatlah saya siapkan beberapa entri, khas untuk pembaca-pembaca blog yang sangat saya hormati. Jujurnya blog saya ini, tidaklah ramai sangat pengikutnya. Tapi syukurlah kerana masih ada yang sudi singgah membacanya.

Dulu, saya ini tidak tahu sangat, apa blog itu. Yang saya tahu blog itu, adalah tempat untuk berkongsi sesuatu yang menarik.

Pernah juga suatu masa dulu saya mempunyai blog yang saya tulis sendiri. Tapi itulah tidak ada yang sudi singgah untuk membacanya. Sampailah satu saat, saya ditakdirkan Allah berkenalan dengan seseorang yang bertanggungjawab kenalkan saya ke dunia yang sebenarnya.

Sebenarnya, banyak manfaatnya bila ada blog ini. Selain dapat berkongsi sesuatu yang berfaedah, blog juga boleh dijadikan sebagai salah satu tempat untuk membuat kebajikan.

Tapi macam mana ya?
Nak jadikan blog kita itu tempat membuat amal kebajikan?
Macam mana caranya ya?

Senang je. Memula anda mesti mempunyai blog terlebih dahulu. Selain dapat menulis entri-entri menarik tentang aktiviti anda, anda boleh juga jadikan blog untuk mengiklankan apa sahaja iklan tentang perniagaan ataupun perkhidmatan orang lain.
Tapi dengan satu syarat.

Apa syaratnya ya?
Syaratnya sebelum mengiklan perniagaan dan perkhidmatan orang, haruslah mendapat persetujuan daripada pemilik perniagaan dan juga perkhidmatan tersebut.
Kalau mereka tidak bersetuju, maka janganlah kita sewenang-wenangnya mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan mereka.

Tapi kini saya telah membuat keputusan untuk menyumbangkan RM 10 kepada sebuab badan kebajikan yang aktif di whatshapp yang bernama AMAL TILL JANNAH.

Setiap pembelian produk daripada blog saya yang bernama TRAVELOG KEHIDUPAN, akan saya sumbangkan ke badan kebajikan ini. Memanglah tidak banyak, tapi mungkin sumbangan yang sedikit itu dapat membantu insan-insan yang sangat susah dan berdaya.

Semoga dengan usaha saya yang tidak seberapa ini , dapat menjadikan blog saya lebih bermanfaat buat semua pembaca-pembaca blog yang sudi singgah membaca blog saya ini.

Jika ada yang berminat untuk iklankan perniagaan ataupun perkhidmatan mereka, bolehlah terus hubungi saya Sariah Awang Senik di no 019-4075644 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


#GSLP
#ABDR
#POWERGOLD
#Dropshipbukuilimiah
#Amaltilljannah


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...