Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua sahabat yang saya hormati selalu. Hari ini, kebetulan hari offday saya. Memandangkan tidak lama lagi akan menyambut Pesta Cahaya iaitu Hari Raya Deepavali, saya mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu.
Maklum sahajalah, bila cuti perayaan pasti akan ada ramai pelanggan ditempat saya bekerja. Bekerja dihentian Rehat dan Rawat, memang waktu cuti perayaan macam ini susah nak dapat cuti.
Pagi tadi saya sempat luangkan sedikit masa pergi ke pasar tani. Agak lama juga tidak pasar tani ini. Asyik sibuk sahaja memanjang.
Jujurnya memang saya tahu, hari ini hari Rabu, tapi tidak teringat pulak ada pasar tani. Itu pun saja saya hendak pergi ke kedai berdekatan dan masa itulah ternampak akan pasar tani ini.
Dah namanya pun pasar tani. Mestilah banyak hasil- hasil tani orang-orang dari kampung-kampung dan juga felda. Saya singgah disebuah gerai yang menjual pelbagaj jenis biskut. Cara dia menguruskan perniagaannya mudah sahaja.
Macam mana ya, cara kakak ini berniaga semua biskutnya ya?
Mudah sahaja. Dia hanya letakkan seberapa banyak biskut-biskut yang ada. Selain dari biskut, saya juga membeli laksa dan beberapa keping hotfog. Tidak sangka pula laksa dan hotdognya sedap. Rasa menyesal pulak tidak beli 2 tadi.
Puas berjalan-jalan di pasar tani itu, saya tertarik dengan satu gerai ini. Dia menjual pelbagai produk
makanan segera seperti tepung pankek dan juga mee segera. Mee segeranya pula adalah mee sanggul dan ada perencahnya yang tersendiri. Macam ala-ala maggielah.
Rasanya boleh tahan juga. Pada pendapat saya produk ini setaraf dengan produk-produk yang sudah tersedia ada di pasaran. Esok saya bercadang untuk mencuba tepung pankeknya pula untuk sarapan pada pagi esok.
Apa pun memang saya sangat berpuas hati dengan produk tempatan ini. Usahawan-usahawan bumiputra ini harus diberi sokongan yang menggalakkan untuk menjayakan perniagaan mereka.
Mana tahu suatu hari nanti, produk-produk ini akan dapat menembusi pasaran antarabangsa sekaligus menjadi terkenal satu masa nanti.
Jadi semuanya tidak mustahil bukan.
Saya doakan semua usahawan bumiputra ini akan lebih berjaya suatu masa nanti.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
#GSLP
#ABDR
#POWERGOLD
#Dropshipbukuilimiah
Wednesday, 26 October 2016
SOKONGLAH PRODUK BUMIPUTRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment