Saturday, 8 October 2016

ALAHAI ANAK IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Memang cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja semalam melahirkan anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi. Syukur juga dia sudah pun genap 17 tahun dan dari sehari makin matang mengharungi segala kepayahan hidup. Dia ini, memang orangnya agak pendiam dan tidak banyak bercakap kecuali hal yang penting je. 

Sejak saya dan abahnya berpisah, memang perangai jadi macam itu. Tapi
syukur semua masalah itu dapat diatasi secara beransur-ansur. Seorang yang agak pendiam tetapi kreatif dan juga aktif. Itulah anak teruna tersayang. Walaupun peperiksaan sekarang sedang sibuk siapkan diri untuk peperiksaan SPMnya namun dia masih berkesempatan bekerja secara sambilan.

Ikutkan dia memang tidak larat untuk bekerja, tapi mengenangkan suatu masa dulu juga pernah meminta tolong, maka anak bujang ini pun berusaha untuk menolong dan juga membantu apa yang patut. Biasalah kerja dikedai seperti membuat air, mencuci cawan, mengemop lantai dan juga menyusun semua barang-barang dikedai.

Kalau nak tahu, anak bujang yang seorang ini sudah bekerja secara sambilan sejak dari berumur 14 tahun lagi. Kini dah pun berumur genap 17 tahun dan semakin pandai dan juga cekap menguruskan semua hal ehwal didalam kedai tersebut.

Kadang- kadang dia pernah juga merungut letih dan juga sebagainya. Tapi kenangkan hendak balas balik apa yang orang dah tolong, itu yang dia tidak banyak cakap dan langsung terus tolong dengan seikhlas hati.

Masa budak- budak sebaya dia sibuk buat persiapan untuk SPM, dia tetap juga luangkan sedikit masa untuk membantu rakan-rakannya dikedai. Apa pun , sebagai seorang ibu, saya selalu berdoa agar niatnya itu akan memudahkan dan melancarkan lagi semua urusannya semasa memjawab soalan peperiksaan SPMnya nanti. 

Alahai, anak ibu yang seorang ini, semoga menjadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat nanti.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Nota : Jika ada yang berkenaan untuk membeli barangan dari blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini, setiap RM 10 akan didermakan kepada tabung kebajikan Amal Till Jannah.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...