Wednesday, 12 October 2016

USAHALAH SELAGI TERDAYA DAN SABARLAH SELAGI MAMPU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur hari ini, tidak ramai custumer. Jadi dapatlah luangkan sedikit masa untuk buat kerja online di facebook dan juga beberapa laman sosial yang lain. Berniaga ini memang perlu banyak bersabar. Kalau tidak sabar memang susah. Walau berniaga secara online ataupun offline, tidak banyak bezanya.

Apa pun walau susah mana sekalipun, sematkan dihati itu agar terus berusaha selagi mampu. Nak capai satu kejayaan bukanlah , semuanya perlu dilalui dengan hati yang sabar dan juga ikhlas dalam melaluinya.

Tidak akan baru sekejap diduga dah berputus asa. Kalau cepat putus asa, memang payah nak capai kejayaan.

Jadi kesimpulannya, apa sahaja dugaan walau perit mana sekalipun, mesti dilalui juga. Semua itu, memang tidak dapat dielakkan lagi. Maka, haruslah bersabar saat diuji . Kalau cepat melatah, memang tidak akan mendatangkan kebaikan, malah jadi bertambah buruklah keadaan tersebut.

Dah masuk tahun baru Islam ini, janganlah cepat lemah semangat. Kalau pun azam yang lama tidak tercapai lagi, sambunglah balik azam yang tahun lepas . Janji kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak cepat mengalah dan bersabarlah selagi mampu.

Hidup didunia ini hanyalah SEMENTARA, yang kekal hanyalah akhirat nanti.


Nota :
Untuk pengetahunan semua, setiap RM 10 dari produk dan juga perkhidmatan daripada blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini akan disumbangkan ke badan kebajikan AMAL TILL JANNAH.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...