Wednesday 25 April 2018

TETAP BERSAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kata orang bila dah makin berumur ini, kita akan makin suka akan satu ketenangan dan kurang suka akan keadaan yang agak bising dan sebagainya. Sejak anak- anak sambung belajar dan anak dara masuk sekolah asrama ini, memanglah agak sunyi sikit.
Ada masa teringat akan masa anak-anak kecil dulu.
Sibuk bangun pagi, siapkan sarapan dan gosok baju sekolah mereka.

Paling tak lupa, masa anak bujang bersekolah menengah agama dulu. Terpaksa bangun awal iaitu pukul 5 pagi. Sekolah menengah agamanya waktu itu terletak agak jauh dari rumah.
Basnya pulak keluar awal pagi iaitu lebih kurang pukul 6.15 pagi. Dari rumah pulak terpaksa berjalan kaki dalam lebih kurang 15 sehinggalah 20 minit. 

Dengan hanya berjalan kaki dan bertemankan lampu suloh, saya dan anak bujang terpaksa mengharungi keadaan yang agak gelap sekejap untuk sampai ke simpang tempat bas yang hendak pergi ke sekolah menengah agama tersebut.

Waktu itu, anak bujang bersekolah di Sekolah Menengah Sg Selisik Selangor Darul Ehsan. Sekolah agama ini terletak di kawasan felda dan bersempadan dengan negeri Perak. Bila anak bujang dah ke sekolah, saya pula berjalan kaki lagi sekali untuk balik ke rumah.
Lagi sekali, saya terpaksa juga melalui lorong yang gelap itu untuk sampai ke rumah saya.

Lama jugalah saya dan anak bujang berkeadaan begitu sebelum anak bujang ambil lesen motor dan kemudiannya dia berulangalik ke sekolah dengan menaiki motornya. Sepanjang tempoh itu, bermacam dugaan saya dan terpaksa hadapi. Ada masanya terserempak dengan penagih dadah dan juga orang gila.

Namun syukurlah waktu itu tiada apa yang buruk berlaku.
Dan setiap kali saya dan anak keluar dari rumah, tidak putus-putus saya berdoa agar segala perjalanan anak pergi ataupun balik semuanya dilindungi Allah SWT. 

Apa pun yang terjadi saya dan anak-anak tetap akan bersama mengharungi semua dugaan tersebut. Kini alhamdulilah, anak bujang tersayang sedang melanjutkan pelajarannya di POLISAS Kuantan.
Anak dara pulak kini bersekolah asrama di Sekolah Menengah Agama Slim River Perak dalam tingkatan 1.

Selalu saya berdoa didalam hati, semoga anak-anak berjaya dalam apa jua yang mereka impikan. Dan tidak melupakan saya apabila mereka telah berjaya satu hari nanti.

Yang pasti, apa saja kesusahan dan keperitan kami akan tetap bersama lalui apa saja dugaan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...