Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
Masa berlalu amat pantas. Sedar-sedar dah pun nak habis cuti sekolah selama seminggu ini. Ketika orang lain sibuk bawa anak-anak berjalan ke sana dan ke sini, aku dan anak-anak sibuk bekerja. Anak yang bujang selain sibuk dengan tuisyen, sebelah petang pulak sibuk bekerja. Sebagai ibu, aku memang tidak memaksa anak bekerja, tetapi kerana ingin berdikari dan anak yang lelaki ini kuat semengat untuk bekerja.
Sejak cuti sekolah bermula, terlalu banyak perkara yang perlu.aku uruskan. Biasalah apabila bergelar seorang ibu dan ayah sekaligus. Bukan bertujuan nak meraih simpati sesiapa, segalanya.aku sudah terima segala ketentuan yang telah ditetapkan olehnya.
Rasanya esok aku akan sambung balik coretan ini. Waktu pun dah makin lewat. Harus rehatkan diri sebab esok ada tanggungjawab berat sudah menanti. Insha Allah akan dipermudahkan semua.
Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik
semoga dia menjadi anak yang soleh.
ReplyDelete