Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
Mempunyai sahabat dan juga menjalinkan silaturahim secara jelas dan nyata adalah lumrah di dalam sesebuah kehidupan. Kita perlukan sahabat dan juga rakan-rakan untuk bertukar pandangan dan juga meluahkan segala rasa sedih, gembria dan juga sebagainya. Namun di zaman yang serba maju dan juga moden ini kita juga mencari sahabat dan juga rakan melalui laman sosial yang ada.
Bekerja dari jam 3 petang hinggalah ke lewat malam membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa yang untuk mencari rakan-rakan yang baru. Setelah penat bekerja saya mempunyai tanggungjawab yang utama sebagai seorang ibu dan juga menguruskan urusan rumahtangga .
Saya mencari rakan-rakan baru melalui lama sosial seperti Facebook, whatshapp, wechat dan juga Instragram. Untuk pengetahunan semua , melalui Facebook saya telah berpeluang berkenalan yang di panggil AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Di sinilah saya berkenalan dengan pelbagai rakan-rakan baru yang terdiri daripada surirumahtangga, guru, penulis novel, pelajar, pengusaha butik pakaian,peguam, arkitek dan bermacam-macam lagi. Semua rakan yang ada mempunyai pelbagai pandangan dan juga mampu berkongsi maklumat dan sekaligus dapat menambahkan pendapatan . Mereka sangat berfikiran positif dan tidak pernah jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar. Saya sangat bersyukur. Saya berhubung dan juga berbual hanya menerusi online dan ianya sangat menjimatkan masa dan tidak menganggu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.
Ketika merasa sedikit lemah semengat ataupun apa sahaja masalah rakan-rakan di ABDR banyak membantu dan senantiasa memberi sokongan terhadap apa yang sedang usahakan. Kini telah hampir setahun saya berada bersama-sama dengan kumpulan ini. Rakan-rakan baru senantiasa bertambah dan itu dapat membuatkan saya tidak keseorangan di dalam melakukan apa sahaja.
Dengan bertambahnya rakan-rakan baru di ABDR maka secara tidak langsung bertambahlah ilmu dan juga maklumat yang dapat dikongsikan bersama-sama. Kumpulan ini bukanlah skim cepat kaya ataupun pemberi pinjaman wang tetapi ianya memberi khidmat nasihat yang sangat berguna.
Nyata setelah hampir beberapa bulan menyertai kumpulan ini, saya juga sudah manpu merasa hasil daripada apa yang saya usahakan. Saya nekad untuk mengkekalkan hubungan silaturahim antara semua rakan di kumpulan terebut. Mana tahu saya berpeluang bertemu dengan mereka semua di luar nanti.
Coretan ABDR
Sariah Awang Senik
Nota : Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengasas kumpulan Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu Pn Masayu Ahmad. Juga pengurus online yang telah perkenalkan kumpulan ini iaitu Pn Anys Idayu Zakaria dan juga pengurus online yang lain.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Pes Nasi Arab sesuai disediakan sebagai hidangan istimewa untuk Hari Raya Haji nanti.
Mengandungi beras basmathi yang bermutu tinggi dan juga sudah tertera cara-cara memasaknya di kotak pes arab
Harganya ialah RM 15 belum termasuk pos.
Jika ingin mencubanya bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@ gmail.
kembang lubang idung...semoga ukhwah dirahmati Allah.
ReplyDelete