Monday 15 September 2014

AKTIVITI JAHIT BAJU SELUAR KOYAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Menjadi suri yang bekerja dan juga sekaligus menjana pendapatan dari rumah bukanlah perkara yang mudah. Sejak hari pertama cuti sekolah, hinggalah sekarang, ada sahaja perkara penting yang hendak dibuat. Memang tidak menang tangan dibuatnya.

Anak bujang seorang ada kelas tambahan hari ini. Pagi tadi, dia dah pesan supaya tolong jahitkan seluarnya yang sudah koyak. Mungkin ada yang pernah membaca blog saya yang terlebih dahulu yang saya pernah mengambil upah jahit baju,seluar ataupun apa sahaja yang perlukan khidmat saya. Kalau nak tahu, jiran sebelah rumah pun menjahit juga.

Saya tidak pasti sama ada khidmat saya ini mendapat sambutan secara online, namun kekadang perkara yang orang jarang lakukan, itulah yang mendapat sambutan. Khidmat menjahiy baju dan juga seluar yang koyak telah lama saya lakukan secara offline. Antara khidmat yang saya lakukan ialah :
### Jahit seluar dan juga baju koyak.
### Potong baju ataupun seluar yang panjang.
### Menukar zip yang rosak.
### Membesar dan juga mengecilkan baju,seluar ataupun kain.
### Jahit langsir yang simple.

Kadar upah tidaklah terlalu mahal. Semua bergantung kepada jenis kain. Jika ada yang berkenaan, perlukan khidmat saya secara online, boleh terus hubungi saya :
Sariah 019-4075634
Sms/whatshapp
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Nota : Semua kelas di Akademi Bekerja Dari Rumah diadakan secara online mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

1 comment:

  1. bagus, kalau diperluaskan. Kat rumah saya pun banyak...hahaha
    tunggu mak mentua balik, nak pinjam mesin jahit
    mesin jahit kat rumah dah jadi tugu negara

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...