Thursday, 25 September 2014

PAU TANJUNG MALIM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tentu anda tertarik ingin memakan pau yang cantik dan gebu ini. Kalau nak tahu, inilah Pau Tanjung Malim. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun cawangan yang paling utama adalah di Tanjung Malim Perak. Selain daripada itu ianya mempunyai juga sebuah cawangan di hentian Rehat dan Rawat Plus Hulu Bernam.

Pau Tanjung Malim menpunyai sejarahnya yang tersendiri. Perniagaan ini sebenarnya adalah perniagaan keluarga yang telah diusahakan sejak turun temurun lagi. Sekarang perniagaan ini telah pun diambil alih oleh anaknya dan juga telah diuruskan dengan caranya yang tersendiri.

Walaupun anak-anaknya belajar di luar negeri namun apabila balik ke tanah air akan menyambung kembali perniagaan yang dijalankan oleh keluarga. Mempunyai kilangnya yang tersendiri di pekan Tanjung Malim, Pau Tanjung Malim memang sudah lama terkenal sejak tahun 50 an lagi. Majikan saya sebenar amat mementingkan layanan terhadap para pelanggannya.

Untuk pengetahunan semua, jikalau anda lalu dari arah utara menuju ke Kuala Lumpur, singgahlah sebentar berhenti berehat di R&R Hulu Bernam. Para pelanggan Pau Tanjung Malim sebenarnya mempunyai pelanggannya yang tersendiri.

Pau Tanjung Malim mempunyai sebuah restorannya bersebelahan dengan hospital Tanjung Malim, juga berdekatan dengan Universiti Tanjung Malim. Restoran di Tanjung Malim dibuka dari jam 9 pagi hinggalah 9 malam.

Di hentian Rehat & Rawat Hulu Bernam pula dibuka dari jam 6 pagi hinggalah jam 12 malam.
Saya telah bekerja dan juga mencari rezeki di sini selama hampir 10 tahun dan di sinilah saya bekerja sambil mencari pengalaman di dalam bidang perniagaan. Selain daripada itu saya bertuah kerana mempunyai majikan yang tidak cerewat dan amat memahami apa jua masalah yang dihadapi oleh setiap para pekerjanya.

Semoga suatu hari nanti, saya mampu membuka sebuah kafe yang mempunyai jenama yang tersendiri. Sebagaimana yang telah pun diusahakan oleh perniagaan keluarga majikan saya.
Jikalau anda teringin memakan pau yang cantik dan gebu ini bolehlah singgah sebentar di hentian Rehat &  Rawat Hulu Bernam ataupun terus singgah ke restorannya di pekan Tanjung Malim.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

1 comment:

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...