Wednesday, 3 September 2014

CARA MENDIDIK ANAK BERTUDUNG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Tentu semua ibubapa menginginkan anak-anak perempuannya bertudung dan juga menutup aurat sekaligus menepati apa yang dituntut di dalam agama kita.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin isunya nampak biasa tetapi kekadang agak sukar puntuk diamalkan oleh semua anak-anak perempuan kita. Bukan mudah menyuruh anak-anak perempuan bertudung dan juga menutup auratnya dengan betul. Saya sebenarnya pun bukanlah arif sangat tentang bab tudung lagi-lagi tentang agama Islam yang suci ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari lagi secara lebih mendalam. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan juga mendidik mereka berdua yang semakin meningkat remaja bukanlah perkara yang mudah.

Kalau bercakap dengan si abang dan juga serba sedikit tentang tanggungjawab, alhamdulilah si abang semakin memahami. Tetapi yang si adik ini agak sukar dan tidak boleh terlalu keras. Kedua-dua anak memang sejak dari kecil telah pun mengikuti pendidikan awal tentang agama Islam dan hasil daripada semua itu memang telah banyak membantu saya sebagai ibu serba sedikit.

Sejak dari kecil hinggalah anak perempuan saya berusia 9 tahun, dia memang agak degil dan juga kasar. Tetapi kalau melakukan sesuatu perkara dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masih saya ingat sejak dari sekolah tadika hinggalah bersekolah di darjah 3, anak perempuan ini memang agak liat untuk bertudung . Namun saya tidak pernah berputus asa dan senantiasa berdoa dengan tekun hampir setiap tahun.

Ada cara tersendiri dan juga pendekatan yang secara halus dan juga lembut di dalam memujuk anak-anak perempuan bertudung.
Antaranya ialah :
## Menerangkan secara terperinci tentang penting bertudung dan juga menutup aurat.
## Menutup aurat adalah perkara teramat penting yang harus dilakukan di dalam ajaran agama Islam
## Menerangkan kepada anak-anak perempuan bahawa dosa bertudung akan turut sama ditanggung oleh ayah dan juga abangnya.
## Dengan bertudung dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara yang berunsur maksiat seperti bergaul bebas dengan lelaki.
## Berikan anak anda masa untuk dia memakai tudung. Tiada guna memaksa ataupun berkeras jikalau dia tidak ikhlas memakai tudungnya.

Allhamdulilah setelah hampir beberapa tahun memujuk dan juga tidak pernah berputus asa berdoa, akhirnya anak perempuan saya telah bertudung tanpa disuruh. Kini dia semakin selesa memakai tudung dan telah pun pandai menghadkan pergaulannya dengan lelaki.

Hanya syukur dan doa semoga dia menjadi muslimah yang dituntut di dalam syariat Islam. Insha Allah doa adalah senjata utama dan juga kekuatan kita.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...