Monday, 1 September 2014

MERDEKAKAH KITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
Begitu bersemengat dan bertenaga melaunkan kata-kata keramat ini. Namun dah merdekakah kita sebenarnya?
Negara Malaysia memang telah 57 tahun mencapai kemerdekaannya yang tersendiri. Merdeka daripada penjajah yang selama ini telah menjajah dan menerokai bumi bertuah ini tanpa izinnya. Berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi negara yang amat dicintai ini.

Segala pengorbanan dan usaha untuk mencapai kemerdekaan amatlah dihargai dan tiada harganya. Kini sebagai generasi muda, mampukah kita mempertahankan segala kemerdekaan ini? Semua jawapan ada di dalam diri kita sendiri. Telah hampir sekian lama kita menikmati segala kesenangan hasil daripada sebuah kemerdekaan. Nikmat dan segala kesenangan dari sebuah kemerdekaan semakin membuatkan kita semakin lupa dan juga leka.
Kenapa ya?
Kita asyik mengejar keseronokan dan juga kepuasan diri. Segala batas-batas pergaulan dan juga agama semakin jauh daripada landasan kehidupan masing-masing. Hanya kerana arus kemodenan yang melanda negara serta semua kehidupan yang telah kita lalui selama ini adalah alasan yang paling terbaik bagi kelekaan kita selama ini.

Ketika sedang menulis entri ini, penulis juga gigih berusaha membebaskan diri daripada semua sifat negatif yang telah lama wujud di dalam diri ini. Secara jujurnya bukan mudah berjuang secara sendirian. Ingin merdekakan diri dari semua sifat negatif. Antaranya ialah : ## Merdeka dari semua perasaan rendah diri tetapi tidak bermakna sombong ## Merdeka dari segi tindakan. Dapat bertindak dan cepat membuat keputusan. ## Merdeka dari pemikiran negatif yang selama ini menguasai pemikiran. ## Merdeka dari perasaan sedih dan juga putus asa. Walaupun masih banyak perkara negatif yang masih belum sepenuhnya merdeka di dalam diri, namun itu bukanlah penghalang dan juga alasan untuk cepat berputus asa. Insha Allah suatu hari semua sifat ini akan merdeka sepenuhnya seiring dengan kemerdekaan negara yang kita sambung setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...