Monday 8 September 2014

MENGAPA SAYA SUKA MENULIS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Semua orang mampu menulis blog. Tetapi bagaimana kita mampu membuatkan orang untuk tertarik singgah membaca blog kita sekaligus mampu menarik traffic yang tinggi setiap hari. Kalau nak tahu saya pun masih baru lagi di dalam dunia blog. Kalau dulu blog pertama yang saya ada hanya kisah tentang aktiviti harian dan juga perasaan sedih dan juga kecewa tetapi setelah belajar serba sedikit ilmu di Akdemi Bekerja Dari Rumah melalui kelas blog dan penulisan, saya makin memahami akan tujuan berblog itu sebenarnya.

Sekarang saya lebih berhati-hati di dalam mencari entri baru setiap hari untuk blog saya. Selalu saya fikirkan sebelum menulis blog ialah bagaimana entri saya mampu memberi manfaat pada orang lain. Sebenarnya menulis blog bagai memberi suatu kepuasan kepada saya. Menulis di blog, saya mampu meluahkan segala apa yang ada asal sahaja ianya tidak keterlaluan dan juga tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau rasa macam dah agak.tersentuh hati sesiapa, pada akhir blog bolehlah kita meminta maaf dan sebagainya.

Saya suka menulis dan berkongsi apa sahaja di blog kerana pembaca blog ada peminatnya yang tersendiri. Hampir semua orang mempunyai kemudahan internet sama ada melalui telefon pintar ataupun komputer di rumah. Dan tentunya bila kita hendak .mencari sesuatu maklumat, kita akan menaip perkataan ' Google' dan akan terdapat pelbagai macam jenis blog tentang bermacam maklumat. Itulah kepuasan di dalam berblog. Bukan hanya orang mampu kenal kita hanya di negara sendiri tetapi juga orang dari negara lain.

Itulah sebabnya kenapa saya suka.menulis blog.  Dapat menulis secara santai tanpa rasa terdesak ataupun tertekan. Setiap hari saya berazam menulis entri yang bukan sahaja bermanfaat malah menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain.

Catatan Blog
Sariah Awang Senik


Jika ada yang berminat untuk belajar tentang blog untuk perniagaan dan juga perkhidmatan anda boleh terus hubungi saya:
Sariah Awang Senik
019-4075634
sariah.awangsenik@gmail.com
Saya juga adalah agent dropship untuk pelbagai produk, antaranya.ialah :
@@@ PUR Q ACTIVE
@@@ KAPSUAL MANJAKANI ASLI
@@@ SABUN MARINE ESSENCE
@@@ PERFUME GARDEN
@@@ PES NASI ARAB
@@@ SAMBAL KENTANG

Anda juga boleh menggunakan blog saya untuk mempromosikan produk dan juga perkhidmatan yang sedang anda usahakan.
Boleh layari blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...