Saturday 27 September 2014

BUAT YANG ISTIMEWA MUHAMAD AIMAN HAKIMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam genap usia anak lelaki kesayanganku Muhamad Aiman Hakimi. Rasanya baru semalam ibu melahirkan Aiman ke dunia ini. Sebenarnya antara gelaran yang paling membanggakan sepanjang hidup ialah apabila ibu bergelar seorang ibu kepada arwah kakak, abg dan juga adik. Ibu bersyukur kerana Allah memberi ibu peluang untuk ibu memikul amanah menjaga ketiga-tiga permata kesayangan ibu.

Namun sebagai ibu, ibu tidak mampu menyediakan hadiah yang mahal-mahal setiap kali tiba hari kelahiran abang dan juga adik. Hanya ibu mampu sediakan adalah masakan kegemaran untuk abang dan juga adik. Insha Allah jikalau ada rezeki yang lebih ibu akan sediakan apa yang termampu oleh ibu.

Harapan ibu terhadap abang ialah moga abang akan cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan juga di dalam bidang agama. Perkara yang paling penting ialah jangan lupa solat dan rajin-rajinlah mengamalkan solat sunat dan juga amalan-amalan yang lain.

Semoga abang akan memprolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 dan juga di dalam bidang yang lain.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Sila sebentar menjenguk membaca blog rakan ABDR yang baru yang mengusahakan perniagaan homestay. Blognya ialah rozanahzakaria.blogspot.com

Jika anda berminat dan sudah bersedia ingin ketahui lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Boleh juga membaca blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com


1 comment:

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...