Friday 26 September 2014

BERSANTAI DI HARI CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini dan juga esok sebenarnya hendak bercuti selama 2 hari. Bukan apa, rakan sekerja tidak lama lagi akan bercuti panjang dan agak sukar untuk ambil cuti.
Kebetulan anak dara tidak bersekolah agama dan juga banyak masa lapang boleh dihabiskan bersama-sama anak dara tersayang ini. Hari ini juga adalah hari jadi anak bujang tersayang Muhamad Aiman Hakimi yang ke 15 tahun.

Secara jujurnya sebagai seorang ibu yang hidup secara sederhana memang tidak mampu hendak sediakan hadiah yang mahal-mahal untuk anak-anak. Cuma mampu sediakan makanan kegemaran anak-anak dan juga sesekali berjalan ke tempat yang agak istimewa.

Ketika sedang menulis entri ini saya sedang menghabiskan masa yang ada bersantai dengan anak dara tersayang. Anak dara yang seorang ini sibuk mengajak saya ke pekan untuk berjalan-jalan.
Walaubagaimana pun saya menolak dan memberi alasan akan pergi ke pasar malam esok petang.

Saya berdoa semoga saya selalu berdoa agar kami anak beranak akan hidup bahagia bersama-sama mencapai impian dan juga cita-cita masing-masing.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

-------------------------------------------

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Kini sudah mengeluarkan ebook baru yang bertajuk EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE
Kini ebook ini berharga RM30 untuk 50 pembeli terawal.

RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE.
Antara kandungan ebook ini ialah :
@@@ Bab 1 : Urusniaga online
@@@ Bab 2 : Mengembriakan pelanggan
@@@ Bab 3 : Membina keyakinan pelanggan
@@@ Bab 4 : Menawan hati pelanggan
@@@ Bab 5 : Menghargai Pelanggan
@@@ Bab 6 : Kuasa Khidmat Pelanggan
@@@ Bab 7 : Khidmat Pelanggan Profesional
@@@ Bab 8 : Kuasa suara dan gerak hati
@@@ Bab 9 ; Tingkatkan Bilangan Pelanggan Setia
@@@ Bab 10:  Tingkatkan keuntungan Dengan kuasa Pelanggan Usahawan

Jika anda ingin mendapatkan ebook terbaru ini bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...