Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Tentu anda ingin tahu, apa dia KK4 itu? Kalau nak tahu itulah nama salah sebuah wad kanak-kanak di sebuah Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur. Di sinilah arwah anak menjalani pembedahan pertamanya sewaktu berumur hampir sebulan. Semua kanak-kanak yang hampir sama keadaannya akan menjalani pembedahan dan juga rawatan susulan selepas pembedahan pertama.
Kalau nak tahu wad KK4 ini terlalu banyak menyimpan kenangan manis sepanjang arwah anak sakit dan juga mendapat rawatan di wad ini. Wad KK4 ini umpama rumah kedua bagi saya dan juga arwah anak ketika itu. Bila-bila masa apabila arwah anak deman panas ataupun terkena jangkitan dia akan di masukkan ke wad KK4 ini. Semua jururawat dan juga doktor yang merawat arwah anak semasa arwah sakit sangat mesra dan bagaikan keluarga dan juga saudara mara bagi saya dan keluarga.
Secara jujur saya hampir lupa nama jururawat yang merawat arwah anak ketika itu, tetapi saya masih menyimpan salah satu gambar semasa berada di wad KK4 dan juga menjaga arwah.
Hampir 3 tahun lebih saya menghabiskan masa berulang alik dari Nilai Negeri Sembilan ( ketika itu menetap di kampung Jijan Nilai Negeri Sembilan) ke Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur.
Insha Allah di entri yang akan datang saya akan berusaha memuatkan gambar semasa berada di wad KK4 Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur. Dengan tersiarnya gambar tersebut, saya berharap dapat bertemu kembali dengan jururawat yang pernah merawat arwah anak semasa arwah berada di wad KK4 dahulu.
Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua jururawat dan juga doktor yang tidak pernah jemu memberikan rawatan dan juga melayan karenah arwah anak semasa arwah berada di wad KK4 dahulu.
Wad KK4 di dalam kenangan yang paling indah.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kelas akaun secara offline akan diadakan tidak lama lagi.
Tarikh : 11/10/2014
Hari : Sabtu
Lokasi : Shah Alam
Yuran : RM 199
Tempat adalah terhad. Jika anda berminat untuk menyertainya bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment