Friday, 12 September 2014

BERMULA CUTI SEKOLAH SELAMA SEMINGGU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Sendiri

Alhamdulilah, terasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik dah pun nak masuk hujung tahun. Anak teruna pun dah makin remaja yang si anak dara makin membesar jadi anak dara sunti. Emaknya pulak makin memutih rambut, tanda banyak sangat perkara yang nak difikirkannya. Tidak mengapa, semua itu bukanlah suatu bebanan, malah menjadi suatu latihan untuk lebih bertambah kuat dan juga tahan lasak.

Yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuti sekolah ini hanya seminggu tapi percayalah seminggu tu bukanlah lama sangat. Dari pagi sibuk siapkan sarapan untuk 2 orang cahaya mata kesayangan ini. Mentang-mentanglah hari pertama cuti, apa lagi bangun lambatlah masing-masing. Sekejap lagi kalau tidak bangun jugak alamat mulut si ibu ni tidak berhentilah membebel. Membebel bukan kerana benci tapi sayang sangat diaorang berdua ini. Merekalah penghibur mereka jugalah yang kekadang buat si ibu ini pening kepala.

Sebelum menghabiskan coretan dan bergerak berperang di dapur pulak, dah terbayang di ruang mata juadah istimewa yang bakal dihidangkan untuk anakanda-anakanda tersayang. Nak tahu apa juadahnya. Tunggu dan lihat nanti ya.

Okey, si ibu nak berhenti di sini dahulu. Nanti insha Allah kita sambung lagi ya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

1 comment:

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...