Sunday, 6 December 2015

BELAJARLAH BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, bersyukur dengan apa yang kita ada dan juga lalui sekarang. Jika dibandingkan dengan orang lain, kehidupan kita jauh lebih bertuah daripada orang lain. Punyai pekerjaan, keluarga dan juga insan-insan yang sangat kita sayangi. Tidak perlu terlalu banyak rungutan terhadap perkara yang kita lalui sekarang.

Walaupun ianya tampak sukar, namun berdoalah kepada Allah agar permudahkan semua urusan yang kita perlu lalui. Belajar bersyukur bukan bermakna menerima semuanya tanpa perlu berusaha apa-apa, tetapi berusaha menerima semua ketentuan dengan tulus dan ikhlas. Dengan bersyukur kita dapat berusaha dengan lebih gigih lagi dan berdoa lagi kepada Allah yang maha esa. Ada masanya kita perlu lebih menghargai apa yang kita ada daripada asyik memikirkan masalah dan juga hal-hal yang tidak mendatangkan faedah kepada diri dan juga keluarga.

Belajar bersyukur bukan bermakna kalah tetapi belajar daripada sebuah kesilapan dan berusaha membuat sesuatu agar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Bersyukur bukanlah lemah tetapi membina kekuatan tersendiri malah lebih kukuh daripada yang sebelum. Nyata seseorang perlu lebih banyak bersyukur dan janganlah terlalu membandingkan diri dengan kehidupan orang lain.

Syukur itu indah, hikmah tetapi penuh dengan kekuatan dan juga kesabaran.

Sekian Terima Kasih


MENULIS SATU TERAPI

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Tiada Http://sariahawangsenik.blogspot.com Rasa macam dah lama sangat tidak menulis ini. Terasa pulak...