Tuesday, 22 December 2015

MAKIN DEWASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur alhamdulilah. Anak bujang tersayang sudah pun makin dewasa. Telah mencapai umur 16 tahun dan semakin hari semakin bijak menjalani kehidupan sehariannya. Membesar tanpa kasih sayang seorang yang ayah, banyak mengajarnya tentang erti kehidupan ini. Senantiasa berusaha dengan titik peluh sendiri untuk mencapai sesuatu yang diidam-idamkan. Apa pun tanpa perhatian seorang ayah, ianya bukanlan alasan untuk membuat sesuatu sesuka hati.

Dalam usia yang sebegitu muda dia terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Bukan bermakna membebankan dirinya tetapi sedikit demi sedikit mempelajari sesuatu sebagai seorang satu-satunya lelaki yang berada di dalam sebuah keluarga yang sebegini kecil.

Saya sedar sebagai seorang ibu bukan semua masalah dapat dikongsi bersama. Ada sesetengah masalah saya langsung tidak menceritakan kepadanya atas alasan tidak mahu menganggu emosi dan juga fokusnya kepada pelajaran dan juga apa sahaja bidang yang bakal diceburi nanti disekolah dan juga diluar nanti.

Waktu cuti persekolahan inilah, dia mengambil peluang untuk bekerja secara sambilan untuk perbelanjaan persekolahannya nanti. Tahun 2016 adalah tahun yang paling bermakna sekali. Hanya beberapa hari sahaja tahun 2015. Tahun 2016, nanti dia bakal menduduki peperiksaan yang sangat bermakna didalam kehidupannya. Peperiksaan tersebut adalah peperiksaan SPM. Di setiap langkah dan tindakannya saya selalu berdoa agar dia prolehi ketenangan dan kejayaan di setiap perjalanannya kelak. Semoga dia menjadi seorang anak yang taat dan juga soleh dan berjaya dunia dan juga akhirat.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...