Saturday, 5 December 2015

HUKUM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Jangan terlalu cepat menghukum seseorang hamba Allah. Tidak semestinya yang berpendidikan tinggi, budi bahasanya juga tinggi dan indah. Dan tidak semestinya yang tidak mempunyai pelajaran tinggi, budi bahasa dan akhlaknya rosak. Kita tidak pasti apakah masalah yang dihadapi sesorang ketika dia sedang menjalankan tugasan hariannya.

Berpelajaran tinggi dan berkedudukan teratas harus mempunyai fikiran yang lebih matang dan lebih bijak. Jangan memandang rendah akan pekerjaan seseorang. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai, dia juga adalah manusia biasa. Tidak sempurna dan senantiasa ada kesilapan.
Jika anda berjawatan tinggi anda juga pasti akan menghadapi masalah tersendiri di dalam melaksanakan tugasn anda seharian. Begitu jugalah halnya si pembantu kedai. Ada masalahnya yang tersendiri. Berurusan dengan pelbagai karenah pelanggan setiap hari bukanlah perkara yang mudah.

Bayangkan jika seorang doktor disuruh melakukan pekerjaan seorang pembantu kedai dan si pembantu kedai melakukan pekerjaan seorang doktor, bukan mudah bukan?
Jadi tidak seharusnya kita memandang remeh pekerjaan orang lain. Sikap dan keperibadiaan seseorang janganlah diukur melalui.tahap pendidikan seseorang. Bersyukurlah jika anda seorang doktor ataupun pegawai kerajaan. Nyata rezeki anda agak lebih daripada rezeki seorang pembantu kedai.

Tetapi tiada yang mustahil diabad ini. Jika Allah hendak menukarkan nasib seseorang pembantu kedai menjadi lebih baik daripada seorang doktor dan juga pegawai kerajaan, ianya boleh berlaku di dalam sekelip mata.

Maka selagi bergelar hamba Allah di muka bumi janganlah berasa anda terlalu hebat dan berkuasa. Kerana esok lusa kita belum pasti lagi nasib kita bagaimana nanti. Jadi senantiasalah muhasabah diri anda selalu.

Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...