Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Bulan Disember sudah pun melabuhkan tirainya. Maka akan berakhirlah tahun 2015 dan bakal bermulalah tahun 2016. Syukur juga anak-anak sekarang sedang sibuk menghabiskan cuti persekolahan. Anak dara tersayang kini berada dirumah mak saudaranya menghabiskan cutinya bersama-sama sepupunya yang lain.
Baru sahaja sebentar tadi menjenguk dan melepaskan segala rindu kepadanya sejak tinggalkannya dirumah mak cik itu. Dia tampak riang dan sangat seronok bermain bermain bersama sepupunya itu. Walaupun adakalanya bergaduh tetapi hanya sebentar sahaja.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pagi tadi, hati ini tertarik dengan semangat niaga anak-anak muda yang berniaga secara sambilan di pinggir stesen komuter. Ada yang menjual nasi lemak, kuih-muih dan juga air minuman. Rata-rata yang berniaga itu masih muda dan mungkin hanya secara sambilan dan mungkin juga ada kerja tetap yang lain. Sempat juga saya berbual sebentar dengan pemandu teksi yang berada di tepi stesen tersebut. Mereka mengatakan bahawa ada sesetengah peniaga tersebut akan bertukar-tukar orang pada waktu tertentu. Hampir sembilan puluh peratus peniaga adalah terdiri daripada bangsa melayu dan itu adalah satu perkembangan yang sangat menggalakkan.
Nyata punca rezeki itu adalah datang daripada sebuah perniagaan. Yang amat membanggakan adalah semangat berniaga telah berjaya dipupuk dikalangan anak-anak muda di zaman generasi ' Y ' ini. Selain daripada iti, saya juga berasa amat kagum dengan anak-anak muda yang berusaha sendiri membuka perniagaan sendiri seperti membaiki barangan elektrik. Ada yang berusaha gigih mencari dan juga mempromosikan perkhidmatan mereka dilaman-laman sosial terutamanya Facebook, Instragram dan juga yang lainnya.
Saya akan tetap dan senantiasa memberikan mereka sokongan agar semua anak-anak muda berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti dan tidak lagi bergantung kepada badan-badan kerajaan ataupun swasta untuk memberikan mereka sesuatu pekerjaan.
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment