Tuesday, 29 January 2019
NALURI IBU
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Inilah hati naluri seorang ibu. Sangat susah nak lupakan anak-anaknya walaupun sehari.
Kalau doa pulak, setiap detik dan juga minit. Tak pernah lupa untuk doakan anak-anak tersayang. Memaafkan dan mendoakan itulah rutin setiap hari usai solat dan juga sebelum memulakan apa saja rutin harian.
Gambar terbaru itu, baru sahaja saya dapat dari wasap profilenya. Tengok dia senyum macam.itu sahaja dah buat saya sebagai seorang ibu rasa sangat bahagia. Rasa rindu dan doa senantiasa setia berada dalam diri ini.
Selalu mohon pada Allah agar melindungi dirinya dan juga adik yang tersayang. Berusaha membahagikan rasa kasih dan sayang sama rata, agar memasing tak rasa tersisih. Lagipun buat apalah nak wujudkan rasa perbezaan dalam diri abang dan juga adik.
Tak kira abang ataupun adik tetap sahaja ada sisi yang istimewa dan kekurangan dimana-mana. Yang mana kurang berusaha untuk perbaikinya. Jika ada yang lebih sama-sama menglengkapi antara satu sama yang lain.
Alhamdulilah. Tak lama lagi akan bermulalah cuti panjang sempena dengan sambutan tahun baru raya Cina. Maka secara rasminya anak-anak tersayang akan pulang bercuti dan menghabiskan masa yang ada bersama-sama dengan saya.
Ada masanya wujud juga rasa terkilan, kerana tak mampu membawa mereka bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Teringin rasa hati nak berbuat demikian, tapi mungkin tiada rezeki lagi buat anak-anak tersayang.
Rasa rindu pada anak-anak ini selalu ada dan tak pernah pudar.
Setiap ada rasa rindu itu wujud dan makin menebal, maka saat itulah juga saya akan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua.
Waktu malam-malam begini selalu sahaja terpandang akan masa mereka tidur dan sebagainya.
Doa saya kepada Allah, agar Allah senantiasa melindungi anak-anak tersayang iaitu Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah serta permudahkanlah urusan mereka dalam pembelajaran dan dijauhkan dari segala kejahatan, musibah dan juga perbuatan maksiat. Insha Allah aamiin ya mujib.
Sekian
Sariah Awang Senik
Monday, 28 January 2019
BISIKAN RINDU
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Tahu, sekarang sedang sibuk bekerja. Tapi dek kerana ada idea yang datang menjengah serta bisikan rindu yang hadir secara tiba-tiba membuatkan jari-jemari ini laju sahaja menaip suatu entri buat anak-anak tersayang.
Doa ini semoga keduanya sihat sejahtera dan dilndungi dari segala musibah dan juga perkara-perkara yang tak diingini. Minggu ini cinta hati balik sempena bercuti menyambut Hari Raya Cina.
Mungkin dalam seminggu ini mereka berdua akan ada bersama. Jadi terubatlah segala kerinduan kepada cinta hati yang berdua itu.
Mereka semakin membesar, meningkat remaja dan dewasa. Tanggungjawab mereka berdua dah teramat berat.
Tekanan dapat dirasai daripada apa yang mereka berdua luahkan.
Apa pun, secara perlahan-lahan menasihati mereka berdua agar terus bersabar sambil berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan mereka dalam menuntut ilmu dan sebagainya.
Biarpun mereka berdua akan balik bercuti, namun dalam hati ini selalu saja merasa bagaikan tak cukup masa untuk bersama dengan mereka berdua.
Setiap hari tak putus dan tak pernah jemu berdoa agar mereka berdua berjaya dunia dan akhirat.
Seorang dah makin dewasa. Yang si dara pun dah muda remaja.
Inilah masa yang paling kritikal agar hubungan keramat ini tetap utuh dan erat setiap hari.
Memang mereka berdua dah besar. Tapi tak bermakna akan lepas tangan begitu sahaja.
Itulah sebabnya mengapa berkorban kebahagiaan sendiri demi mereka berdua.
Semoga Allah permudahkan dan kurniakan kemudahan kepada anak-anak dalam setiap kesulitan yang mereka berdua hadapi.
Insha Allah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Sunday, 27 January 2019
KISAH SEPINTAS LALU
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Ada masa terfikir juga.
Ada ke orang nak baca kisah Kak Long ini?
Kak Long pun bukan seorang retis. Glamour jauh langit dengan bumi.
Yang ada pengalaman hidup yang taklah sehebat mana.
Pekerjaan Kak Long pun bukanlah hebat mana.
Berlatar belakangkan pendidikan SPM, seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan kedua cahayamata tersayang.
Anak-anak alhamdulillah Kak Long didik mereka dengan bersendirian.
Berpanas dan berhujan, keluar dalam kegelapan malam sebaik solat Subuh, syukurlah Kak Long dah lalui perit itu.
Kadang terfikir, bagaimana Kak Long lalui semua itu?
Semuanya urusan Allah.
Dia lebih tahu dari diri kita sendiri.
Hidup selepas bercerai taklah seteruk mana.
Hanya berpisah kasih sahaja, sedangkan kasih sayang Allah masih tetap setia bersama.
Kini gigih menyiapkan Ebook yang pertama.
Biarpun cabaran menyiapkan ebook tak kurang hebatnya, tapi hati ini sangat degil untuk menyiapkannya.
Anak-anak sangat memberi sokongan.
Mengajar si ibu yang buta it ini.
Kata mereka ibu pandai menulis dan sesama belajar bersama-sama dengan mereka.
Semalam bercakap sendiri dengan Pn Masayu Ahmad.
Meluahkan segala keresahan walau sedar itulah pertama kali beramah mesra walau ukhwah terjalin dalam satu jemaah di Akademi Bekerja Dari Rumah sejak sekian lama.
Terasa bagai dekat walau hakikatnya jauh dimata ini.
Harapannya agar ebook ini memberi nafas baru dan semangat buat kaum wanita yang sedang ataupun bakal melalui satu proses perceraian.
Dan sedarlah ada satu hikmah besar dalam kehidupan disebalik mimpi ngeri diari yang bergelar seorang wanita.
Sekian
Sariah Awang Senik
Friday, 25 January 2019
HIKMAH DAN DUGAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Ada segunung kebimbangan sedang bersarang dihati ini.
Berusaha jua menepisnya dan berserah segalanya kepada Allah yang maha esa.
Sedarlah bahawa sebuah kehidupan ini tak akan pernah sunyi dari apa jua cabaran.
Baru sahaja akan satu coretan ini. Semua telah dinyatakan sejelas-jelasnya akan akibat semua ini. Apa pun tetap jua berdoa hingga ke penghujungnya untuk jadikan impian yang kecil ini suatu kenyataan.
Biar pun masih tak melakar kejayaan yang besar, tapi biarlah kejayaan yang kecil, titik permulaan impian yang lebih besar.
Ada masa terfikir juga, Allah dah aturkan sebaik dan secantiknya.
Pasti hikmahnya teramatlah besar nanti. Permulaan untuk sebuah impiam yang besar dan nyata dan dalam masa Allah lengkapkan pakej ujian yang maha besar untuk melawan semua ini.
Pasti Allah lebih tahu akan kemampuan diri ini berbanding dengan diri ini sendiri.
Keperitan dan kesakitannya tetap ada.
Hiasilah dan lengkapkan diri sebaiknya dengan segala ibadah dan juga sedekah.
Disebalik dari tangan yang menerima maka lagi mulialah tangan yang memberinya.
Ya Allah semoga kau kurniakan keimanan dan juga kesabaran yang kuat untuk menghadapi nya. Insha Allah.
Sekian
Sedarlah bahawa sebuah kehidupan ini tak akan pernah sunyi dari apa jua cabaran.
Baru sahaja akan satu coretan ini. Semua telah dinyatakan sejelas-jelasnya akan akibat semua ini. Apa pun tetap jua berdoa hingga ke penghujungnya untuk jadikan impian yang kecil ini suatu kenyataan.
Biar pun masih tak melakar kejayaan yang besar, tapi biarlah kejayaan yang kecil, titik permulaan impian yang lebih besar.
Ada masa terfikir juga, Allah dah aturkan sebaik dan secantiknya.
Pasti hikmahnya teramatlah besar nanti. Permulaan untuk sebuah impiam yang besar dan nyata dan dalam masa Allah lengkapkan pakej ujian yang maha besar untuk melawan semua ini.
Pasti Allah lebih tahu akan kemampuan diri ini berbanding dengan diri ini sendiri.
Keperitan dan kesakitannya tetap ada.
Hiasilah dan lengkapkan diri sebaiknya dengan segala ibadah dan juga sedekah.
Disebalik dari tangan yang menerima maka lagi mulialah tangan yang memberinya.
Ya Allah semoga kau kurniakan keimanan dan juga kesabaran yang kuat untuk menghadapi nya. Insha Allah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Wednesday, 23 January 2019
DERMA KILAT
MOHON BANTUAN SECEPAT YANG MUNGKIN!!!!
Assalamualaikum,
Sesiapa yg mengenali saudara FB Pak Pandir Pandai boleh la bagi sumbangan untuk permudahkan urusan anaknya menjalani operate jantung berlubang dan hati
Bayi ini sekarang berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)dan memerlukan kos yg tinggi utk membiayai rawatan.
Diharap sudilah menyampaikan sumbangan ikhlas kpd saudara Kama aka Pak Pandir Pandai. (bapa)
Beliau tidak pun meminta tetapi atas sifat belas ihsan kita sesama manusia sudi sudi lah membantu setakat yg mampu..
Hari ini hari dia esok lusa mungkin hari kita.
Segala sumbangan & doa tuan2 & puan2 kami dahulukan dgn ucapan terimakasih.
Wakil2 bekas pelajar SRKC Lipis.
Sekian
Sariah Awang Senik
APABILA GENG ANEKDOT BERAKSI
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dalam penerbitan buku anekdot ini.
Seumur hidup selama hampir 45 tahun bernafas dibumi bertuah ini, inilah pertama kali mengenali akan penulisan secara anekdot ini.
Anekdot adalah penulisan secara ringkas yang selalunya berunsur lucu.
Selalunya penulisan ini dipenuhi dengan dialog dan hanya terdapat satu ataupun dua tiga watak.
Secara kebetulan berkenalan dengan rakan fb menbuka lembaran baru dalam tahun 2019 ini. Permulaan yang pertama adalah terlibat dengan penulisan secara ebook dan bakal tak lama lagi. Yang keduanya satu buku penulisan secara anekdot dengan rakan-rakan penulis yang baru dan juga berpengalaman.
Tajuk anekdot kali ini adalah terlalu dekat dengan hati. Kisah ibu-ibu yang menjalankan perniagaan secara online dan juga cabaran dalam menjalankan perniagaan ini.
Ada kisah yang lucu dan juga yang agak menyentuh hati.
Paling tak disangka-sangka aksi dan idea ibu-ibu dalam meluahkan segala idea untuk tajuk penulisan anekdot sangat kreatif. Mungkin ini adalah percubaan yang terbaik dan membuka ruang untuk ibu-ibu hebat ini berkarya dan berkongsi akan pengalaman masing-masing.
Paling tak disangka-sangka aksi dan idea ibu-ibu dalam meluahkan segala idea untuk tajuk penulisan anekdot sangat kreatif. Mungkin ini adalah percubaan yang terbaik dan membuka ruang untuk ibu-ibu hebat ini berkarya dan berkongsi akan pengalaman masing-masing.
Yang paling membuatkan hati teruja buku ini bakal memasuki Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Segala usaha-usaha sedang giat dijalankan termasuklah dari senarai semua cerita anekdot sampailah ke cover buku anekdot ini.
Hanya tuhan yang tahu bagaimana rasa terujanya saya dalam kelahiran buku anekdot yang sulung ini. Walau hanya berpeluang dapat menyumbang beberapa kisah anekdot tapi itulah cubaan pertama dan semoga ianya membuka lebih banyak peluang dalam bidang penulisan.
Minat menulis ini telah lama tersemadi sejak lama dahulu. Nampuk sejak beberapa tahun ang lepas saya kurang mendapat pendedahan. Mujurlah setelah mempunyai blog sendiri barulah saya berpeluang untuk belajar dan kembangkan lagi bakat yang ada.
Mohon doa juga dari kalian yang sudi singgah membaca entri agar dapat luangkan masa mendoakan agar secara proses penerbitan buku anekdot ini berjalan dengan lancar dan juga jayanya.
Insha Allah . Aamiin Ya Mujib.
Sekian
Sariah Awang Senik
Tuesday, 22 January 2019
EBOOK BERCERAI BUKAN SATU MUSIBAH
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Canva
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Peluang yang ada jangan disia-siakan.
Usahalah sebaik yang mungkin untuk lakukan yang terbaik.
Berjaya atau tak serahkan kepada Allah. Usahalah bersungguh-sungguh kerana peluang yang baik tidak datang selalu.
Jujurnya tiada pengalaman dalam menulis ebook ini.
Tapi apabila diberi peluang oleh pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, terus saya berusaha dan mencari segala isi-isi terpenting untuk penulisan ebook ini.
Tajuk untuk ebook ini adalah berdasarkan atas pengalaman saya sendiri. Sudah bergelar ibu tunggal selama hampir 6 tahun, melalui ebook ini saya berusaha untuk menyakinkan semua wanita bahawa perceraian bukanlah satu mimpi ngeri.
Malah perceraian adalah satu proses kehidupan untuk mengajar seseorang wanita untuk berubah menjadi lebih baik untuk anak-anak dan juga keluarga tersayang.
Bukanlah menggalakkan perceraian dalam sebuah rumahtangga, tetapi jika tiada jalan penyelesaian dan hanya menambahkan lagi dosa yang ada.
Dalam ebook ini juga terdapat beberapa kisah bagaimana nak hadapi sebuah perceraian, apakah yang berlaku jika telah bercerai dan juga cara terbaik untuk menghadapinya.
Paling penting bagaimana nak menguruskan emosi setelah bercerai dan terdapat juga beberapa fasa-fasa penting yang perlu seorang wanita lalui sebaik sahaja bercerai.
Siapalah yang mahukan perceraian dalam sesebuah rumahtangga. Impian semua wanita hanyalah mahukan rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah.
Mohon doa agar segala proses penerbitan ebook ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Insha Allah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Posts (Atom)
TENANGLAH BUAT SEKETIKA
Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...
-
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia www.mpaweb.org.my- Dr Zakaria Zahari http://sariahawangsenik.blogspot.com ...





