Monday 17 August 2020

BOLANG, DAMAILAH DI SANA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Tidak sangka begini akhirnya kisah hidup Bolang, kucing yang aku bela sejak masih kecil lagi.

Bolang adalah kucing kampung yang aku terjumpa di sebuah hentian Rehat & Rawat tempat aku bekerja.

Hanya kucing kampung.
Namun kecomelannya telah membuatkan aku jatuh hati dan bercadang membawanya balik ke rumah serta dapat menjaganya.

Setelah agak beberapa lama, Bolang banyak menghabiskan masanya di luar rumah. 

Sejak kehadiran Puteh, seekor lagi kucing jantan, Bolang seakan-akan merajuk. Agak lama juga Bolang tidak balik ke rumah.
Namun beberapa yang lepas Bolang tiba-tiba sahaja munculkan diri.

Namun keadaan Bolang amat menyedihkan. Bolang cedera terus. Bahagian lehernya seperti di gigit dan terkena hampir sebahagian dari mulutnya.

Yang menyedihkan, kesa luka tersebut telah berulat dan banyak ulat yang berada di leher Bolang.

Sedih dan sayu aku melihatnya.

Terasa diri berdosa kerana mengabaikan segala keperluan Bolang. Melihat keadaan Bolang yang kesakitan itu, aku berbincang dengan anak bujang untuk membawa Bolang ke sebuah klinik veterinar.

Setelah anak bujang membuat appointment, maka pada hari Sabtu yang lepas, dengan hanya menaiki motor, anak bujang terus menghantarnya ke klinik tersebut.

Menurut anak bujang sukar untuk Bolang kembali hidup seperti biasa.
Luka dilehernya sangat dalam. Namun tetap juga merawat Bolang dan menyantuni Bolang umpama anak sendiri.

Yang banyak memainkan peranan dalam merawat Bolang adalah anak bujang sendiri. Dipangkunya Bolang dan panggil Bolang. Susu yang disediakan khas buat Bolang juga segala ubat-ubatannya.

Namun sebanyak mana pun sayangnya kami dua beranak kepada Bolang, Allah lebih sayangkannya. 

Bolang pergi jua ke pangkuan abadi pada pagi hari Isnin yang lepas. Tidak berhenti-henti air mata ini mengalir. Pelbagai perasaan yang berkecamuk dalam kolam hati ini.

Terutamanya perasaan bersalah kerana tidak menjaga Bolang sebaik yang mungkin. 

Tubuh Bolang disemadikan tidak jauh dari rumah ini. Betul-betul terletak di persimpangan jalan. Setiap kali melewati jalan itu untuk keluar bekerja pasti akan terpandangkan tempat Bolang disemadikan.

Bolang damailah dan tenanglah kau di sana. Ampunilah segala kekhilafan diri tuanmu ini yang selalu sahaja lalai.


Sekian

1 comment:

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...