Sunday 24 January 2021

AMALAN KETIKA PANDEMIK COVID-19

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik.


Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yang ada. Cepat masa berlalu. Sekarang sudah pun masuk bulan Februari tahun 2021. 

Kes pandemik covid-19 makin meninggi. Dan Selangor adalah negeri yang paling tinggi kesnya.

Sekarang pun sudah hampir seminggu berada dalam tempoh Pkp. Namun masih tiada perubahan akan kes pandemik ini.

Kemungkinan kita sebagai rakyat Malaysia perlu usahakan sesuatu dari rumah. Antara yang mampu kita lakukan saat ini adalah memperbanyakkan amalan seperti solat sunat, berzikir, berselawat dan sebagainya.

Siapa tahu dengan usaha kecil serta doa yang tidak pernah mengenal erti lelah ini mampu mengurangkan kes pandemik covid-19 sekaligus memutuskan virus ini dari terus berebak.

Jom ya kita buat dan lakukan bersama setiap hari sebagai salah satu rutin harian. 
Aamiin Ya Allah


Sekian

1 comment:

  1. Insya allah, semoga covid 19 cepat pergi supaya kita semua dapat teruskan hidup dengan biasa

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...