Monday 4 July 2022

TERUS MENITI SEGALA UJIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Bersyukur kepada Allah atas segala ujian dan juga rahmat-Nya. Hari ini diuji lagi dengan sedikit kesakitan. Itulah ingatan kasih sayang dari Allah yang maha esa.

Atau mungkin juga diberi peluang untuk berehat sebagai persediaan bagi hari-hari yang lebih mencabar.

Tidak lama lagi bakal menyambut hari raya haji. Jauh di sudut hati ini juga menyimpan impian untuk pergi umrah dan juga haji bersama dengan anak-anak tersayang.

Membayangkannya sedangkan tercapai ataupun tidak. Apa pun semuanya urusan Allah. Jika telah diizinkan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Itulah kuasa Allah yang tiada siapa pun tahu.

Buat sementara itu, segala ujian yang dihidangkan dari-Nya hadapi dengan penuh kesabaran juga keiklasan. Anggap saja semua ujian bagai satu peperiksaan penting untuk menguji tahap keimanan seseorang.

Sejak kebelakangan ini masih ujian-ujian yang hadir. Sesekali berasa hampir lelah mengharunginya. Ingatan buat diri sendiri yang setiap hari melakukan dosa tanpa disedari.

Harapannya dengan ujian-ujian tersebut serta amalan yang tidak seberapa dapat menebus segala dosa silam dan juga dosa-dosa yang lain.

Ujian-ujian itu adalah satu inspirasi diri untuk bangkit dan tidak berputus-asa.

Dengan ujian itulah melatih diri untuk terus berjuang dalam meniti titian kehidupan yang maha singkat ini. 
Buat diri ini, bersabarlah dan mesti kekal kuat demi syurga firdausi yang diidamkan segala ini.
Insya-Allah.

Sekian

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...