Sunday, 8 April 2018

GENAPLAH 13 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Baru hari Jumaat yang lepas dia balik bercuti. Dan semalam hari Ahad dia balik semula ke asrama. Walau hanya sekejap, tapi lepaslah segala rindu yang bersarang dihati ini.

Dia anak bongsu dari tiga orang adik-beradik. Yang tinggal hanya abangnya. Arwah kakaknya telah lama meninggal dunia, sejak berumur tiga tahun lebih lagi.

Seorang anak yang berani dan tidak banyak karenah sejak dari kecil sehinggalah sekarang.
Membesar tanpa kasih sayang secukupnya dari seorang ayah, dia tidak jadikan semua alasan tersebut sebagai penghalang untuk capai satu kejayaan.

Walaupun hanya mendapat keputusan peperiksaan 4A1B,1C, saya sebagai seorang ibu sangat bangga dan bersyukur dengan keputusannya itu.
Tahu dia telah buat yang terbaik dan yang penting menerima segalanya dengan redha dan ikhlas.

Kini anak dara tersayang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Slim River Perak.
Memandangkan permohonannya ke MRSM tidak berjaya dan tiada rezeki untuknya, dia tetap berpuas hati dan tetap juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan PT3 nanti.

Buat anak dara tersayang, Nur Damia Rifqah Ahamad Roslan, Selamat Hari Jadi Yang Ke13 tahun.
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday, 29 March 2018

SATU PERJUANGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Lama juga tidak tulis entri baru untuk satu-satunya blog kesayangan ini. Jadi mulai hari ini, saya mesti tulis sekurang-kurangnya satu entri sehari.

Ya, Allah semoga Allah kurniakan kemudahan untuk saya tulis secara lebih konsisten.

Maknanya, menulis dan juga berkongsi ini, bagaikan satu perjuangan bagi saya. Perjuangan untuk tulis tentang kisah kehidupan, dengan harapan menjadi sumber inspirasi buat yang sudi singgah baca blog ini.

Cepat sungguh masa berlalu.
Diam-diam dah nak masuk bulan April. Kalau diikutkan terlalu banyak perkara yang nak saya buat.
Sudah-sudahnya langsung satu pun tidak terbuat bukan.

Itulah kelemahan diri. Bagaimana sikap suka bertangguh ini, hampir memusnahkan segala impian saya.

Maka bermulanya pagi Jumaat yang barakah ini, saya nekad untuk teruskan segala perjuangan saya dalam bidang perniagaan dan juga penulisan.

Tahu bidang penulisan ini masih tersangat hijau bagi saya. Masih banyak yang nak kena belajar. Dan menulis entri ini juga adalah salah satu latihan saya untuk kembali berjinak-jinak dalam penulisan blog ini.

Ingatkan tadi nak tulis entri ini, tidak naklah terlalu panjang. Tapi itulah kalau dah start menaip ini, jari jemari saya agak sukar nak berhenti.

Entahkan ada lagi yang masih sudi baca blog saya ini, hanyalah Allah sahaja yang tahu. Saya hanya mampu berdoa agar dikurniakan kemudahan dan juga kesabaran untuk meneruskan segala perjuangan ini.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday, 8 February 2018

TUHAN JAGAKAN MEREKA BERDUA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Baru baru sahaja selesai segala urusan anak dara tersayang masuk sekolah menengah agama.
Walaupun dapat panggilan kali yang ke tiga, tapi si anak dara yang seorang ini sangat berpuas hati.

Sebelum ini pernah mohon SBP dan MRSM, tapi mungkin sebab tidak cukup syarat kedua permohonan ini tidak berjaya.
Nak jugak saya buat rayuan untuk SBP dan MRSM, tapi anak dara cakap biarlah. Sebab dah mohon SMKA SLIM RIVER.

Agaknya dah memang rezeki dia nak sekolah agama, maka baru hari Selasa yang lepas dapat panggilan dari sekolah menengah agama tersebut.

Sebenarnya, saya tidak pernah langsung berpisah lama dengan anak dara nan sorang ini.
Selama hampir 13 tahunlah saya mendidik dan membesarkan abang dan adik bersendirian.

Memanglah perit dan payah, tapi saya tidak sesekali menyerah kalah.
Dalam sibuk uruskan anak-anak dan juga kerja, saya tidak sedar betapa cepat masa berlalu.

Hampir bertahun jugaklah saya bergelar seorang ibu tunggal. Tapi saya langsung tidak kisah akan gelaran ini.
Ada hikmahnya Allah aturkan kehidupan saya macam ini.
Jadi lebih berdikari dan tidak mudah menyerah kalah akan segala apa dugaan.

Baru je beberapa jam, anak dara masuk asrama, tapi saya asyik terbayang-bayangkan dia je, macam manalah keadaan dia malam ini. Dalam sibuk fikirkan tentang mereka berdua ini, tidak putus-putus saya berdoa, semoga Allah senantiasa lindungi anak dara dan juga abangnya.

Hanya Al-Fatihah dan segala doa saya mohon dari Allah, jadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga Allah senantiasa merahmati anak dara dan juga abangnya dibawah lindungan kasih sayangnya.

Apa pun saya tetap berdoa, agar Allah kurniakan saya kesihatan yang baik agar dapat berusaha dengan lebih gigih lagi buat kedua anak tersayang.

Tiba-tiba sahaja hujan turun.
Macam tau-tau je hati saya sedang sedih terharu dengan pencapaian anak-anak tersayang.

Semoga mereka berdua berjaya dunia dan akhirat dan dapat doakan saya dan juga abahnya kelak.
Aaminn Ya Mujib.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday, 5 February 2018

SABAR ITU TERSANGAT BERAT TAPI INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Agak lama juga ya, tak tulis entri yang baru ini.
Risau takut blog kesayangan ini bersawang, jadi 
tak reti-reti nak buat sesuatu.
Selalunya orang akan reka alasan untuk
selamatkan diri sendiri.

Dan benda yang sama itulah yang sedang berlaku kepada diri sendiri.
Memanjang asyik sibuk dengan tuntutan kerja yang tidak akan pernah habis. Apa pun saya berusaha juga untuk entri ini, walaupun tidak sehebat entri-entri di blog orang lain.

Dalam kehidupan ini, kita tidak pernah sepi daripada masalah dan juga dugaan yang maha hebat.
Boleh katakan setiap hari, ada saja masalah yang datang.
Tidak kira apa sebabnya dan mengapa.
Dan setiap orang  tidak sama dugaan dan masalahnya.
Nama pun manusia.
Sah-sahlah ada bermacam-macam perangai. Yang boleh hadapi semua mak nenek masalah itu pun kena ada juga caranya.


Saat masalah atau dugaan datang, rasa tak boleh nak bernafas pun ada.
Yang lagi best sempat pulak cakap, kenapalah Allah asyik nak duga
aku je???
Pernah tidak rasa macam itu??
Padahal kita tidak sedar atau tidak tahu, bahawa disebalik dugaan itu semua juga terselit rahmat dan hanya Allah sajalah yang tahu akan segalanya.
Jadi jalan paling terbaik dan mujarab nak hadapi semua masalah atau dugaan itu hanya bersabar, berusaha dan jangan sesekali rasa penat nak berdoa kepada Allah.

Ada sebab mengapa Allah uji kita dan dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita yang sebenarnya.
Pendek kata janganlah sesekali bersangka buruk dengan Allah.
Memanglah jadi sabar itu sangat berat. Dan lebih berat dari pikul bebanan diatas bahu. 
Tapi keindahan disebalik kesabaran itu masyallah sukar nak dibayangkan macam mana.

Bersabar bukan untuk satu tempoh yang sekejap, malah ada yang makan masa bertahun lamanya.
Itulah yang saya lalui hampir sekian lamanya.

Dan alhamdulillah tidak akan pernah kesal akan segala yang berlaku.
Syukur alhamdulillah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday, 17 January 2018

HARGAILAH SEGALA KEHIDUPAN INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Agak lama juga tak update sebarang entri kat blog kesayangan ini.
Lantaran asyik terikat saja dengan komitmen yang lain.
Menguruskan segalanya bukan mudah.
Namun tetap bersyukur kerana Allah senantiasa ada disisi.


Sebenarnya kita ada banyak pilihan untuk hidup lebih bahagia.
Walaupun ada masanya kita diduga dengan pelbagai dugaan yang maha hebat, tapi percayalah ada sebab Allah datangkan dugaan itu semua.



Mungkin juga kita ini teramat leka dengan segala kenikmatan hinggakan kita semakin jauh dengan Allah yang maha esa.
Dibaginya segala dugaan sebagai satu teguran yang penuh kasih sayang dari Allah terhadap diri kita.


Datangnya dugaan yang maha hebat itu, mungkin juga membuatkan kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi.
Berbaliklah kepada Allah bahawa tiada yang kekal dan tiada satu pun didunia ini milik kita kekal abadi.



Apa sahaja yang kita ada hanyalah milik Allah kekal abadi. Dan sepatutnya kita memohon dahulu kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.


Hati manusia hanyalah Allah yang pegang dan berdoalah dengan hati yang ikhlas dan jujur kepada Allah.
Jika dugaan yang datang itu membuatkan hidup kita berubah 360 darjah, percayalah kita masih punya keluarga dan juga sahabat handai.


Mereka juga sangat mengambil berat tentang hal kita dan sewajarnya kita patut lebih memahami mereka dari yang lain.


Alhamdulillah. Apa sahaja yang kita ada sekarang adalah sangat berharga daripada yang lainnya.
Hargailah segala kehidupan yang kita ada sekarang.
Syukurlah Ya Allah
Ya Mujib.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday, 3 January 2018

BAJU PUTIH KAIN BIRU TUA VS KAIN BIRU MUDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot


Dah dua hari rasa agak sunyi pulak.
Mana tidaknya si anak dara dah pun bersekolah menengah.
Kalau tahun lepas dia bersekolah rendah
Sekarang dah pun bersekolah menengah.

Maklumlah dah terbiasa tengok dia beruniform warna putih dan kain biru tua. Ini pulak tengok dia berkain biru muda, mestilah nampak macam pelik.


Rasa tidak percaya yang dia semakin besar dan pandai.
Yang pasti dia tegas dengan apa yang dia nak.
Kalau paksa dia buat sesuatu memang tidak akan berjaya.
Semua kena pujuk dan ada cara yang tersendiri.


Hari ini agak lambat sikit dia balik.
Kebetulan pulak, saya bercuti rehat.
Rupa- rupanya dia temankan ayahnya pergi makan.


Harapnya dia dan abangnya tidak lupakan saya sebagai ibunya.
Dulu masa anak-anak masih kecil, tidak teringat pulak ayahnya nak tengok mereka berdua.


Bila dah besar panjang dan sejak abangnya menyambung pelajaran di Kuantan, perlahan-lahannya segalanya berubah.


Apa pun saya tetap berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.
Harapnya dalam hati anak-anak mereka tidak lupakan saya sebagai ibu mereka.


Alhamdulillah.
Baru sekejap tadi anak dara tersayang balik dengan ayahnya.
Bila tanya dah makan atau tidak, terus katanya dah makan.
Tidak apalah.


Mohon hanya yang baik dan fikir yang baik-baik sahaja.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday, 2 January 2018

MISI CINTA 2018

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Syukur. Dapat juga bangun jam 4.30 am, walau terpaksa menempuh pelbagai halangan.


Jujur banyak dugaan yang terpaksa dilalui dalam kehidupan seharian. Dan sebagai seorang hamba yang selalu lemah, kita perlukan kekuatan dalaman dan juga luaran untuk mengharunginya.


Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan apa yang berlaku.
Dikurniakan kita masalah yang bertimpa- timpa hanya dengan satu tujuan.


Apakah tujuan Allah itu ya?


Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk kita kembali kepada Allah yang maha esa serta taat akan segala perintah dan tinggalkan apa sahaja yang dilarang oleh Allah.


Jadi apa sahaja haruslah berbalik kepada Allah. Akui bahawa tiada satu kuasa pun yang maha hebat selain dari kuasa yang maha penciptanya.


Kini saya berusahadengan lebih
gigih lagi untuk teruskan segala misi mencari cinta ini sehingga berjaya.
Dan juga dapat merasai akan segala nikmatnya.


Nikmat yang bukan hanya saya seorang saja yang merasai malah turut juga orang-orang disekeliling merasai akan segala impaknya.


Insha Allah jika percaya atas segala kuasa Allah, pasti dia akan makbulkan segala doa kita tepat pada masanya yang sangat sesuai.
Alhamdulillah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...