Tuesday, 16 May 2017

ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN MINAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Pagi ini terasa nyaman sekali. Dan yang penting, rasa nikmat yang paling membahagiakan ialah dapat bangun dan menghirup nafas seperti selalu. Melihat anak-anak tersayang, sekaligus mengejutkan untuk bangun menunaikan solat subuh seperti selalu.

Jujur sudah lama juga saya bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah hentian rehat dan juga rawat. Banyak juga pengalaman namun semua yabg yang saya lakukan adalah lebih kepada tanggungjawab dan bukanlah atas dasar minat.

Sejak kebelakangan ini, saya melibatkan diri dalam satu perniagaan yang banyak memerlukan kerjasama dan juga usaha gigih. Secara kasarnya tidak banyak beza dengan pekerjaan sekarang tapi lebih kepada kepuasan dan juga dapat memberikan manfaat buat semua orang.

Alhamdulilah. Saya dapat apa yang saya cari dan nampak masa depan yang bakal saya lalui. Cuma masih tidak mempunyai modal untuk membuatkan secara besar-besaran. Buat masa ini saya hanya mampu menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan sampingan saja.

Walau apa pun tugas dan tanggungjawab yang pertama ini, harus saya laksanakan terlebih dahulu dengan sebaik yang mungkin. Di samping berdoa kepada Allah, semoga Allah ada jalan yang tersendiri untuk selesaikannya.
Insha Allah.

Ada masa yang lapang, akan saya buat kerja sampingan ini sebaik yang mungkin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wish list:
Dah lama tidak tulis. Mana tahu akan terlaksana juga akhir tahun nanti.
@ Konsisten menulis entri-entri yang lebih berfaedah.
@ Usaha mengumpul modal yang secukupnya untuk fokus pada perniagaan Perfume Dexandra.
@ Berhenti kerja secepat yang mungkin dan bekerja hanya dari rumah.

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Syukur alhamdulillah. Peperiksaan UPSR pun dah...