Wednesday 19 September 2018

BAHAGIA BUKAN BIDAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Ya Allah, semoga kau kurniakan kemudahan untuk menaip entri blog ini dengan lancarnya.
Insha Allah Ya Mujib.

Alhamdulilah.
Hujan turun agak lebat jugak kat luar tu.
Apa pun rasa bersyukur teramat sangat sebab Allah hadirkan idea untuk menulis entri ini.
Itulah, rezeki yang Allah kurniakan datang dalam pelbagai bentuk.
Termasuklah idea nak menulis ini.

Semalam kebetulan kerja shift pagi dan petangnya dapatlah balik lebih awal ke rumah.
Walau sekarang kerja tak tentu shift, tapi sangat berpuas hati.
Ada masa terlepas jugak nak update status di fb dek kerana sibuk
dengan tanggungjawab yang satu ini.

Masa sangat suntuk.
Kadangkala rasa cemburu lihat orang lain yang sesuka hati membazirkan masa yang ada.
Padahal boleh saja masa yang terluang tu, diisikan dengan perkara yang lebih berfaedah lagi.
Apa pun siapalah kita nak mengadili mereka semua kan??

Sebab diaorang pun makhluk Allah sepertimana diri kita tak sempurna.
Setiap masa pasti ada saja kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari.

Dah balik awal ke rumah, maka banyaklah kerja-kerja lain yang nak dibuat. Antaranya mengemas, membasuh dan juga melayan si anak-anak bulus. Dah banyak anak-anak bulus ini kat rumah.
Dan dah tak tahu nak buat macam mana.

Harapnya dapatlah cari keluarga angkat buat semua anak-anak bulus tu.
Setelah siap semua kerja dan makan malam, sempatlah jugak saya habiskan beberapa task perniagaan dan juga task dengan Allah yang maha esa.
Task ini biasa-biasa sahaja.
Zikir dan selawat sebanyak 1000 kali setiap hari.

Alhamdulilah.
Berjaya juga habiskan berzikir dan selawat tu, walau terpaksa hadapi pelbagai dugaan.

Rewardnya kepada diri sendiri ialah saya habiskan sedikit masa yang ada dengan menonton Drama Akasia di TV3 bertajuk BAHAGIA BUKAN BIDAAN.
Drama yang berkisar tentang kisah kehidupan rumahtangga, mengisahkan perjuangan seorang wanita yang berjuang untuk bangkit semula setelah melalui satu perceraian.

Kisahnya sangat dekat dihati saya dan terasa peritnya menanggung bebanan perasaan untuk pulihkan diri dan membina kehidupan semula.

Dilakonkan oleh beberapa pelakon yang sangat hebat seperti Nora Danish, Zamarul Hisham, Datuk Ady Putra, Arja Lee dan juga beberapa pelakon lain yang tidak kurang hebatnya juga.

Konflik dalam drama ini menjadi semakin hangat, apabila si suami Azlan yang dilakonkan oleh pelakon Zamarul Hisham membuat keputusan untuk rujuk kembali kepada bekas isterinya iaitu Ain Farhana yang wataknya dibawa oleh pelakon Nora Danish.

Ain Farhana sudah tawar hati untuk merujuk kembali bersama Azlan asbab kecewa dengan sikap Azlan yang curang di belakang Ain Farhana yang menjalin hubungan sulit dengan salah seorang pegawai di syarikat yang mereka berdua usahakan.

Hampir setiap hari Azlan call Ain Farhana juga message Ain Farhana dan berusaha keras untuk memujuk Ain Farhana untuk kembali pangkuannya.
Ain Farhana menolak sekeras-kerasnya kerana Ain Farhana tahu, apa saja yang dilakukan Azlan tetap jua akan bernikah dengan pegawai di syarikatnya iaitu Ainna.

Kebetulan Ainna adalah rakan baik Ain Farhana dan ini membuatkan Ain Farhana rasa tertipu dan hilang kepercayaan terhadap Azlan. 

Ain Farhana menerima tamparan yang hebat dengan segala perceraian tersebut. Antara yang memberi impak yang sangat kuat apabila Azlan melarang Ain Farhana untuk berjumpa dengan kedua anaknya.

Setiap hari setelah bercerai Ain Farhana mengalami kemurungan dan terpaksa menahan rindu terhadap anak-anaknya.
Sahabat baiknya yang melakonkan watak ini adalah pelakon Wan Sharmila tidak putus-putus memberi kata-kata semangat agar Ain Farhana dapat kembali ceria menjalani kehidupan dan dapat bersama semula dengan anak-anak tersayang.

Itulah antara serba ringkas kisah BAHAGIA BUKAN BIDAAN ini.
Kalau nak tahu lebih lagi tentang kisah ini jangan lupa menontonnya di slot Drama Akasia pada jam 10 malam dari hari Isnin sampailah hari Rabu.

Jujur membina kembali sebuah lagi kehidupan adalah satu perkara yang bukan mudah.
Tak semua orang bertuah ada seorang sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memberi perangsang untuk bangkit kembali.
Tak banyak beza dengan kehidupan saya sendiri.

Saya tak akan pernah sesekali lupa betapa peritnya untuk membina kembali sebuah impian bersama anak-anak tersayang.
Kesusahan dan keperitan dahulu tetap akan jadi sejarah bagi saya dan anak-anak.

Sebelum ini juga belum pernah saya kongsikan dengan sesiapa dilaman sosial. 
Waktu itu saya pernah menumpang disebuah bilik majikan tempat saya bekerja sementara mencari sebuah rumah sewa.
Yang ada bersama saya waktu itu hanyalah anak-anak tersayang.
Anak bujang masa itu tinggal diasrama.

Hanya anak dara yang menyaksikan semua susah payah tersebut.
Mujurlah majikan sangat memahami keadaan saya walau berlainan bangsa dan juga agama.

Pergi kerja setiap hari dan terpaksa bawak anak sekali ke tempat kerja kerana ketika itu anak dara masih lagi kecil.
Saya masih lagi ingat bagaimana gigihnya anak dara menyiapkan segala kerja sekolahnya ditempat kerja itu.

Bekerja sebagai seorang pembantu kedai disebuah hentian Rehat dan Rawat saya nekad untuk membesarkan dan mendidik anak-anak dengan cara yang tersendiri.

Memberi pendedahan awal tentang erti kesusahan dan kehidupan kepada anak-anak serta tidak bergantung harap terhadap makhluk Allah selain Allah yang maha esa.

Sebelah pagi saya siapkan anak-anak untuk ke sekolah.
Berjalan kaki dan juga berpanas hujan untuk ke sekolah kebangsaan dan juga agama.
Berkat segala kepayahan tersebut anak dara dan abangnya berjaya juga dalam pelajaran mereka.

Kedua anak tersayang ada kepandaian dalam bidang yang mereka ceburi.
Saya akui peringkat permulaan perceraian, pretasi pelajaran anak-anak merosot teruk.

Namun syukurlah saya dapat atasi juga tak henti berdoa kepada Allah yang maha esa. 
Saat itu tiada siapa yang tahu akan segala susah senang yang saya alami.

Hatta bekas-bekas ipar duai pun tidak pernah bertanya khabar dan sebagainya.
Yang paling banyak membantu dan memberi dorongan hanyalah adik-beradik dan keluarga tersayang.
Abah dan makcik juga banyak membantu memberi kata-kata semangat.


Kini telah 5 tahun saya bergelar seorang ibu tunggal.
Sebenarnya ada banyak lagi kesusahan yang saya alami.
Allah maha mendengar dan permudahkan segala urusan saya sepanjang tempoh membina kembali kehidupan saya.

Tidak banyak beza dari kisah SYURGA BUKAN BIDAAN tu.
Bezanya Ain Farhana ialah dia lebih bijak dan berpendidikan tinggi dalam kisah tersebut.
Juga adanya insan-insan istimewa seperti Nik dan Talha yang dilakonkan oleh pelakon Datuk Ady Putra dan juga Arja Lee.

Masing-masing menyimpan perasaan terhadap Ain Farhana.
Dalam kehidupan saya, buat masa ini tiada lagi yang istimewa hadir.
Hanya setakat sahabat untuk bertukar-tukar fikiran.

Sebabnya saya telah membuat keputusan untuk korbankan kebahagiaan sendiri demi untuk kebahagiaan anak-anak dan demi melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka.
Terutamanya didunia dan juga akhirat.

Jika ada,masa lapang bolehlah menonton drama hebat yang juga dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang sangat hebat.
Jangan lupa ya slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin sampai Rabu pada jam  10 malam.
BAHAGIA BUKAN BIDAAN.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...