Friday, 14 September 2018

DEMI SATU TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kata orang bukan senang nak senang.
Ada masanya kita terpaksa melalui satu dugaan dan juga cabaran yang maha besar.
Dan bukan semua orang yang ada segalanya.
Maksud saya, rumah, kereta, motor dan sebagainya.

Apa pun semua kekurangan itu bukanlah satu alasan untuk tidak membuat yang terbaik demi satu tanggungjawab.

Walau hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai di sebuah kawasan Rehat & Rawat, saya tetap berusaha lakukan yang terbaik setiap kali diberi tanggungjawab untuk lakukan sesuatu pekerjaan.

Dah lama juga bekerja disini.
Hampir berbelas tahun lamanya.
Seingat saya sejak anak dara berumur dua tahun lagi.

Disinilah saya bekerja untuk menyara kehidupan dan juga membina kembali sebuah kehidupan saat saya bertukar status dahulu.

Semalam saya diberi tugas untuk bekerja shift pagi dan mesti siapkan segala kelengapan sebelum membuka kedai.
Mungkin apa yang saya kongsikan ini adalah satu pengalaman yang biasa tapi ada juga cabarannya yang tersendiri.

Biasanya yang buka kedai diawal pagi adalah seorang rakan sekerja yang lain. Memandangkan semalam dia ada appointment dengan doktor maka saya pun terpaksa mengambil alih tugasnya semalam.

Nampak mudah saja semuanya.
Tapi bukan mudah bagi diri saya yang tidak punya sebarang kenderaan.
Kalau ada anak bujang, bolehlah dia hantar saya bekerja.
Ini dia menyambung kembali belajar di sebuah pusat pendidikan di Semambu Kuantan.

Jika difikirkan jarak rumah ke tempat kerja tidaklah jauh mana.
Itupun kalau naik motor atau kereta.
Buat sementara ini motor atau kereta saya belum ada rezeki lagi nak membelinya.
Insha Allah akan berusaha juga mendapatkannya satu hari nanti.

Untuk ke tempat kerja yang terletak berhampiran dengan highway PLUS arah Kuala Lumpur dari utara sayab terpaksa menempuh pula sebuah  kawasan estet.

Kawasan estet itu tidaklah besar mana.
Tapi itulah cabaran yang sebenarnya.

Pagi semalam saya bangun awal kerana risau jika tertidur dan nanti takut terlambat untuk ke tempat kerja.
Seawal pukul 6.15 pagi saya membuat keputusan untuk berjalan kaki keluar ke tempat kerja saya itu.

Memang kebiasaannya saya berjalan kaki ke tempat kerja tapi itu adalah pada waktu siang.
Semalam saya terpaksa keluar awal disebelah pagi.
Iaitu keadaan masih lagi gelap.
Apa pun saya mesti lalui segala cabaran ini.

Berjalan kaki dalam keadaan yang masih lagi gelap dan terpaksa menempuh sebuah kawasan estet bukan semuanya semudah yang disangka.
Sebelum lakukan semua ini, saya memohon terlebih dahulu kepada Allah yang maha esa agar permudahkan segala amanah dan juga tanggungjawab ini sebaiknya.

Semalam majikan saya juga sempat berpesan supaya tidak terlalu awal keluar berjalan kaki ke tempat kerja kerana risau akan keselamatan saya.
Walaupun begitu saya mesti juga berusaha sebaik yang mungkin untuk jalankan amanah ini.

Keadaan pagi semalam agak hujan sedikit pada awalnya.
Takut akan hujan turun lebih lebat lagi maka sebab itulah yang mendorong saya untuk buat keputusan berjalan keluar dari rumah sebelum hujan turun lebih lebat lagi.

Hanya Allah sahaja yang bagaimana rasanya berjalan seorang diri meredah malam demi keluar mencari rezeki yang halal.
Sepanjang saya berjalan tidak putus-putus saya berzikir agar dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini.

Paling yang membuatkan saya kecut perut ialah ketika melalui kawasan estet yang sangat gelap. 
Hanya bertemankan cahaya lampu dari telefon android itulah sahaja cahaya yang ada.
Di kiri dan kanan hanya ada pokok-pokok kelapa sawit dan suasana adalah sangat gelap.

Kira-kira dalam 20 minit berjalan kaki barulah saya selamat sampai kedai dan saya terus sahaja melakukan segala tugas-tugas saya sebaik yang mungkin.
Dalam hati saya panjatkan kesyukuran kerana semalam Allah telah permudahkan dan lindungi diri saya sebaiknya.

Dimasa akan datang jika saya ditugaskan untuk memikul tanggungjawab ini, saya tak akan lupa untuk memohon dulu pertolongan dari Allah yang maha esa.
Alhamdulilah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a comment

HANYA KERANA 10 SEN

KERANA SEPULUH SEN Semoga Allah ampunkan segala kekhilafan diri ini. Ya Allah kurniakanlah kesabaran dalam menghadapi insan-insan ini. Kemun...