Monday 3 September 2018

MALAYSIA DAH 61 TAHUN MERDEKA. TAPI ADAKAH SIKAP KITA DAH MERDEKA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Hari Jumaat yang lepas, dah 61 tahun Malaysia merdeka.
Syukur jugalah walau rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan juga berbeza parti politik, tapi kita masih dapat hidup berkerjasama dan bebas untuk berbuat apa saja.

Tetapi adakah sikap kita sebagai rakyat Malaysia sudah merdeka??

Bukan nak kata diri sendiri dah terlalu baik atau sempurna, tapi secara jujurnya sikap diri ini belum merdeka sepenuhnya.

Masih lagi dalam process belajar dan berusaha sedaya upaya untuk lebih majukan diri bukan saja untuk agama tapi juga demi negara tercinta Malaysia.

Teringat akan secebis kisah semasa saya dan anak-anak dalam perjalanan pulang ke kampung pada hari raya haji yang lepas.
Selalunya saya jarang balik masa hari raya haji itu.

Tapi taulah kenapa hati saya tergerak pulak nak balik pada hari raya yang lepas. Kali ini saya memilih pulang ke kampung dengan hanya menaiki bas sahaja. 
Cuti pun bukanlah lama mana.
Sehari sebelum raya dan esoknya lepas raya saya dan anak-anak pun, pulanglah semula ke rumah.

Apa pun syukurlah segalanya dipermudahkan.
Walau hanya sekejap saya dan anak-anak rasa sangat berpuas hati dapat menyambut raya haji bersama dengan keluarga tersayang.

Nak dijadikan cerita masa nak balik raya tu, semasa nak tunggu bas, saya ternampak seorang pemuda yang cacat penglihatan.

Dalam hati saya ketika tu, rasa kesian sangat.
Macam manalah pemuda ni nak bergerak dengan keadaannya yang kurang upaya itu.
Dia dihantar ke stesen bas itu oleh seseorang. Dan hamba Allah tersebut tinggalkan pemuda yang cacat penglihatan itu betul-betul dihadapan saya dan juga anak-anak.

Agak lama juga saya memerhatikan pemuda tersebut.
Dia berdiri betul-betul dilaluan orang yang lalu-lalang dan itu sangat membuatkan hati saya sangat risau.

Yalah!
Kedudukan dia berdiri hanya beberapa meter sahaja dari bas yang berhenti mengambil penumpang.
Kalau pemuda itu tersalah langkah mahunya terus dilanggar oleh bas.

Rasa bimbang saya sampai ke kemuncaknya.
Saya memberitahu kepada anak-anak bahawa saya dan anak-anak patut menolong pemuda tersebut supaya tiada kejadian yang buruk berlaku.

Yang saya peliknya, begitu ramai manusia yang lalu lalang berdekatan dengan pemuda kurang upaya ini, namun tiada seorang pun yang menghulur bantuan untuk menolongnya.

Perasaan marah dan tidak puas hati merasuk hati saya.
Tidak puas hati, dengan sikap manusia yang sibuk pentingkan diri dan abaikan kebajikan insan yang lain.
Kurang upaya pulak tu.

Saya lantas menegur anak muda istimewa ini.
Biarlah apa orang nak kata, asalkan saya tidak tergolong dalam golongan.orang-orang yang pentingkan diri sendiri.

" Assalamualaikum, adik?"  
"  Waalaikumusalam, akak" Jawab pemuda istimewa ini.

" Adik ni nak ke mana ya?"
" Saya ni nak balik kampung!" Jawab pemuda istimewa.

Masih tak puas hati, saya ini terus tanya lagi.

" Nak balik kampung, kampung kat mana?" 
" Saya ni sebenarnya nak balik ke Kuala Lipis, Pahang!" Jawab pemuda istimewa lagi.

Allahuakhbar! Terkejut saya dibuatnya.
Entah apalah Allah nak duga saya ini dengan gerakkan hati saya untuk menolong pemuda istimewa ini.

Saya terus bertanya lagi.

" Kat Kuala Lipis tu, kampung kat mana?
" Kat Tempoyang!" Jawab pemuda istimewa .

Bila dengar je, pemuda istimewa ini jawab, terus saya terdiam sekejap.
Syukur tak terkata dan rasa berterima kasih kepada Allah.
Sebab dalam ramai-ramai manusia, Allah gerakkan hati saya dan beri saya peluang untuk berbuat pahal untuk akhirt kelak.

Lama jugaklah saya berbual dengan anak muda ini.
Biarpun dia seorang cacat penglihatan tetapi tidak sesekali kekurangan itu dijadikan alasan untuk tidak berdikari.

Sempat juga saya nasihatkan kepada anak-anak supaya selalu membantu orang-orang yang istimewa macam pemuda istimewa ini.
Lebih terharu dan buat hati saya rasa terharu ialah, dia bekerja untuk menyara keluarganya yang berada kampung.

Saya berdoa kepada Allah, semoga Allah kurniakan kemudahan kepada pemuda istimewa ini serta rezeki yang melimpah ruah lagi banyak.

Yang pasti, jika terjumpa atau terserempak lagi dengan golongan istimewa ini, saya tidak segan silu lagi untuk membantu dan menolong mereka apa yang termampu.

Sikap dan pendirian kita juga haruslah lebih merdeka supaya kita tidak bersikap pentingkan diri dan tidak peduli akan segala nasib insan-insan yang kurang upaya ini.

Merdekakanlah sikap kita dari semua sifat negatif yang akan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan yang hidup didalam zaman yang serba moden ini.

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka ! 

Sayangi Malaysia dan cintailah negara kita Malaysia.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...