Thursday, 26 March 2020
PROMOSI ANTOLOGI WARKAH UNTUKMU BONDA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Disebabkan terlalu sibuk dengan wabak virus Covid-19 ini, hampir terlupa nak promosi buku antologi ke 3 iaitu Warkah Untuk Bonda.
Buku ini dibawah penyelenggaraan Puan Rahmah Saad dan diterbitkan oleh syarikat Global Smart Printing Sdn Bhd.
Mengabungkan seramai 33 orang penulis baru dan lama termasuklah diri ini.
Semua kisah dalam antologi Warkah Untuk Bonda ini berkisar tentang kehebatan ibu-ibu penulis dalam mengharungi arus kehidupan dengan cara yang tersendiri.
Hampir keseluruhan kisah ada daya tarikannya yang tersendiri.
Dan ada juga penulis termuda dalam antologi ini yang baru berusia 15 tahun.
Salah satu tajuk yang penulis sendiri yang menulisnya ialah, dalam warkah ke 24 bertajuk Mak Persiapkan Kami Untuk Satu Kehilangan. Secara ringkasnya kisah ini ditulis hasil pengalaman menjaga arwah emak yang sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara tahap 4.
Arwah emak memang seorang yang sangat gigih dan berani berhadapan dengan apa jua cabaran dan juga kesakitan.
Setelah arwah tahu dia menghidap penyakit kanser payudara ini, arwah tidak pernah mengalah dan tetap melakukan segala aktiviti hariannya seperti biasa.
Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli buku antologi ini ya.
Harganya hanya RM 30 dan tidak termasuk kos postage. Atau boleh sahaja wasap saya terus di 019-4075634 Sariah Awang Senik.
Semoga dengan membaca buku antologi Warkah Untukmu Bonda ini dapat memberi manfaat ataupun pengetahuan yang mungkin anda tidak tahu selama ini.
Buku adalah ready stok dan dapatkannya selagi stok masih ada.
Selamat membaca ya!!
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
No comments:
Post a Comment