Friday, 12 September 2014

BERMULA CUTI SEKOLAH SELAMA SEMINGGU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Sendiri

Alhamdulilah, terasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik dah pun nak masuk hujung tahun. Anak teruna pun dah makin remaja yang si anak dara makin membesar jadi anak dara sunti. Emaknya pulak makin memutih rambut, tanda banyak sangat perkara yang nak difikirkannya. Tidak mengapa, semua itu bukanlah suatu bebanan, malah menjadi suatu latihan untuk lebih bertambah kuat dan juga tahan lasak.

Yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuti sekolah ini hanya seminggu tapi percayalah seminggu tu bukanlah lama sangat. Dari pagi sibuk siapkan sarapan untuk 2 orang cahaya mata kesayangan ini. Mentang-mentanglah hari pertama cuti, apa lagi bangun lambatlah masing-masing. Sekejap lagi kalau tidak bangun jugak alamat mulut si ibu ni tidak berhentilah membebel. Membebel bukan kerana benci tapi sayang sangat diaorang berdua ini. Merekalah penghibur mereka jugalah yang kekadang buat si ibu ini pening kepala.

Sebelum menghabiskan coretan dan bergerak berperang di dapur pulak, dah terbayang di ruang mata juadah istimewa yang bakal dihidangkan untuk anakanda-anakanda tersayang. Nak tahu apa juadahnya. Tunggu dan lihat nanti ya.

Okey, si ibu nak berhenti di sini dahulu. Nanti insha Allah kita sambung lagi ya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

Monday, 8 September 2014

GOLONGAN IBU TUNGGAL BUKAN PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG LAIN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Gelaran seorang ibu tunggal. Semua kaum wanita paling risau apabila dengar gelaran ini. Saya sendiri pun berfikiran negatif apabila mendengar orang bercakap pasal ibu tunggal. Ya, lah hampir semua masyarakat pandang rendah akan golongan ibu tunggal ini. Tetapi kalau nak tahu bukan semua golongan ibu tunggal ini suka merosakkan rumahtangga orang lain. Mungkin kebetulan mereka berkawan dengan suami orang dan itu yang menyebabkan masyarakat membabitkan golongan ibu tunggal apabila terjadinya pergaduhan antara suami dan isteri.


Apabila sudah bergelar seorang ibu tunggal memang saya terlalu amat takut dan juga malu. Takut untuk menempuh alam baru yang serba janggal dan paling takut adalah pandangan masyarakat sekeliling tentang gelaran baru ini. Tetapi apa kan daya saya, semuanya sudah tertulis dan yang pasti sudah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini. Tidak guna bersedih dan saya membuat keputusan untuk melupakan semuanya dan membina kembali kehidupan yang baru bersama dengan anak-anak. Memang pada mulanya agak sukar tetapi berkat doa dan juga usaha serta tawakal saya membina kembali satu persatu dan akhirnya berjaya juga melepasi segala bab kesedihan dan juga kekecewaan. 

Kata orang walau bercerai, segala perjuangan tentang kehidupan harus diteruskan dan jangan sesekali meraih simpati daripada orang lain terutamanya golongan suami orang. Berkawan boleh tetapi ada batas-batasnya. Jangan terlalu cepat terpedaya akan pujukan lelaki yang bermulut manis. Sebenarnya bukan semua golongan ibu tunggal menjadi penyebab kepada pergaduhan suami isteri. Banyak pergaduhan dan juga perselisihan faham terjadi akibat daripada beberapa faktor yang lain. Antaranya ialah sikap suami ataupun isteri, pihak ketiga seperti ibubapa mertua, rakan-rakan, ipar duai dan juga saudara mara. 

Apa pun yang berlaku, fikirlah secara lebih positif. Golongan ibu tunggal sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang hal lain kecuali tentang kerja, kewangan dan yang paling utama adalah anak-anak. Mereka terlalu sibuk mengatur dan juga menyusun plan untuk menaik taraf kehidupan dan juga ekonomi keluarga mereka. Ibu tunggal seharusnya diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan yang sepatutnya walaupun tanpa seseorang yang bergelar seorang suami.


Coretan Tulus Ikhlas
Sariah Awang Senik

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Menyediakan kelas-kelas secara online mengikut kesesuaian masa yang anda telah tetapkan sendiri. Semua kelas ada pengurus online terlatih yang akan memantau segala tugasan anda dari masa ke semasa.
Segala pertanyaan adalah secara inbox message dan akan dijawab oleh para pengurus online bila-bila masa sahaja.
Antara kelas-kelas yang diadakan secara online di ABDR ialah :
@@@ Kelas asas blog dan juga penulisan.
@@@ Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes.
@@@ Kelas beriklan mudah.my
@@@ Kelas penulisan ebook pertama
@@@ Kelas penulisan kreatif
@@@ Kelas telekung solat borong dan juga runcit.
@@@ Kelas asas wordpress.
@@@ Kelas mula bisnes makanan sunnah.
@@@ Kelas mula bisnes selepas raya.
@@@ Kelas akaun online/offline
@@@ Tempahan blog perniagaan siap dalam masa 5 hari
@@@ Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog.
Pendaftaran pengurus online /rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan tentang kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Anda berminat dan sudah bersedia ingin ketahui lebih lanjut tentang kelas-kelas tersebut boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Anda boleh juga menggunakan blog saya yang tidak seberapa ini untuk memuatkan produk dan juga perkhidmatan anda. Blog saya ialah http://sariahawangsenik.blogspot.com




SEHARIAN BERSAMA ANAK TERSAYANG

Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Hari ini sepatutnya saya bekerja tetapi memandangkan badan tidak berapa sihat dan hidung pun tersumbat saya mengambil keputusan untuk cuti sahaja. Saya terus memberitahu sahabat di tempat kerja yang saya hendak bercuti. Lagipun esok sahabat saya itu akan ke hospital untuk membuat rawatan dan mungkin akan ditahan di hospital. Sementara dia belum di tahan di wad, baik saya bercuti terlebih dahulu. Kalau nak tahu, anak dara saya pun tidak bersekolah agama hari ini.

Memandangkan dia baru sahaja habis peperiksaan, maka saya beri dia kelonggaran untuk bercuti di rumah sahaja. Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan bersama anak dara tersayang ini. Sedang saya sibuk manaip blog dan juga kerja-kerja online di internet, dia pun terlena tertidur dengan sendiri. Kekadang kesian jugak kat dia ini. Banyak masa dia terpaksa habiskan dengan mengikut saya ke tempat kerja selepas habis waktu persekolahan. Pernah jugak saya mencadangkan agar dia belajar duduk rumah sendirian, tetapi bimbang pulak akan keselamatannya. Mungkin kalau abang dia ada di rumah, barulah saya tidak rasa bimbang sangat. 

Dia mempunyai minat yang sama dengan saya, iaitu membaca. Kini dia sedang berusaha mengumpul novel remaja iaitu Ain Maisarah. Kalau ada sesiapa yang menjual novel remaja tetapi tidak semestinya penulis yang sama, bolehlah hubungi saya ya. Bukan apa saya hendak menggalakkan lagi dia membaca dan mencari ilmu pengetahunan dengan cara yang lebih santai dan tidak tertekan.

Ketika saya sedang menulis coretan ini, dia sedang asyik menonton tv setelah sama-sama memberi idea saya menulis untuk entri yang baru ini. Dia juga berminat dengan bidang fotografi. Sebagai seorang ibu, saya memberikan dia sepenuh sokongan ke atas apa sahaja bidang yang diceburinya.
Semoga suatu hari nanti dia juga dapat menjadi seorang anak yang taat dan juga solehah. 

Buat Nur Damia Rifqah , insha Allah ibu akan usaha memberi yang terbaik di antara yang terbaik. Doakan agar kita bahagia selalu ya.



Coretan Harian
Sariah Awang Senik


Nota ; Jika ada rakan-rakan blog yang menjual novel-novel remaja secara online ataupun yang terpakai, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Berkenalan juga dengan rakan-rakan blogger saya yang lain iaitu Sharimah Yahya http://sharimahyahya.blogspot.com

MENGAPA SAYA SUKA MENULIS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Semua orang mampu menulis blog. Tetapi bagaimana kita mampu membuatkan orang untuk tertarik singgah membaca blog kita sekaligus mampu menarik traffic yang tinggi setiap hari. Kalau nak tahu saya pun masih baru lagi di dalam dunia blog. Kalau dulu blog pertama yang saya ada hanya kisah tentang aktiviti harian dan juga perasaan sedih dan juga kecewa tetapi setelah belajar serba sedikit ilmu di Akdemi Bekerja Dari Rumah melalui kelas blog dan penulisan, saya makin memahami akan tujuan berblog itu sebenarnya.

Sekarang saya lebih berhati-hati di dalam mencari entri baru setiap hari untuk blog saya. Selalu saya fikirkan sebelum menulis blog ialah bagaimana entri saya mampu memberi manfaat pada orang lain. Sebenarnya menulis blog bagai memberi suatu kepuasan kepada saya. Menulis di blog, saya mampu meluahkan segala apa yang ada asal sahaja ianya tidak keterlaluan dan juga tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau rasa macam dah agak.tersentuh hati sesiapa, pada akhir blog bolehlah kita meminta maaf dan sebagainya.

Saya suka menulis dan berkongsi apa sahaja di blog kerana pembaca blog ada peminatnya yang tersendiri. Hampir semua orang mempunyai kemudahan internet sama ada melalui telefon pintar ataupun komputer di rumah. Dan tentunya bila kita hendak .mencari sesuatu maklumat, kita akan menaip perkataan ' Google' dan akan terdapat pelbagai macam jenis blog tentang bermacam maklumat. Itulah kepuasan di dalam berblog. Bukan hanya orang mampu kenal kita hanya di negara sendiri tetapi juga orang dari negara lain.

Itulah sebabnya kenapa saya suka.menulis blog.  Dapat menulis secara santai tanpa rasa terdesak ataupun tertekan. Setiap hari saya berazam menulis entri yang bukan sahaja bermanfaat malah menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain.

Catatan Blog
Sariah Awang Senik


Jika ada yang berminat untuk belajar tentang blog untuk perniagaan dan juga perkhidmatan anda boleh terus hubungi saya:
Sariah Awang Senik
019-4075634
sariah.awangsenik@gmail.com
Saya juga adalah agent dropship untuk pelbagai produk, antaranya.ialah :
@@@ PUR Q ACTIVE
@@@ KAPSUAL MANJAKANI ASLI
@@@ SABUN MARINE ESSENCE
@@@ PERFUME GARDEN
@@@ PES NASI ARAB
@@@ SAMBAL KENTANG

Anda juga boleh menggunakan blog saya untuk mempromosikan produk dan juga perkhidmatan yang sedang anda usahakan.
Boleh layari blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

Saturday, 6 September 2014

MANJAKANI ASLI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Assalamulaikum, terdapat banyak produk yang berada di pasaran tetapi belum tentu dapat dipastikan sama ada ianya adalah asli ataupun sebaliknya.

Kini terdapat produk yang 100% asli dan juga bebas daripada bahan kimia.

Kapsual Manjakani By Sue. Diprocess di dalam bentuk kapsual dan juga lebih senang dimakan berbanding air rebusan. Antara kebaikan mengamalkan memakan Kapsual Manjakani ini ialah:
### Mengetatkan dan memulihkan otot dalaman wanita.
### Merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.
###  Mennyahkan bau di bahagian sulit dan jug mennyahkan juga bau yang tidak diingini.
### Merawat masalah keputihan wanita, mengawal lendir dan juga lelehan dari anggota sulit wanita.
### Memulihkan luka selepas bersalin.
### Mampu meredakan luka luaran, merawat ulser mulut dan juga sakit tekak.
### Menegangkan payudara dan juga mencantikkan kulit.

Harga amat berpatutan iaitu RM40 untuk 50 biji. Jika anda ingin mencubanya bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
Produk adalah halal dan juga dikeluarkan oleh 100% bumiputera.

Coretan Manjakani
Sariah Awang Senik

Friday, 5 September 2014

PES NASI ARAB AL BAYT TERLAJAK LARIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Tidak lama lagi tetamu istimewa nak datang. Tapi masih lagi pening nak masak apa dan juga masih tercari-cari juadah istimewa yang dapat disediakan di dalam masa yang tidak terlalu lama.

Apakata mencuba pes Nasi Arab berjenama Al Bayt ini. Istimewanya cara-cara memasak ada tertera dikotak yang telah disediakan.

Terdapat 5 jenis Nasi Arab Al Bayt.
Antaranya ialah :

@@ Nasi Mandy Ayam
@@ Nasi Mandy Kambing
@@ Nasi Kabsah
@@ Nasi Maqlubah
Mengandungi beras basmathi bermutu tinggi.
Harga amat istimewa RM15 kos pos ialah RM7 untuk 1 kotak.

Teringin untuk mencuba untuk santanpan keluarga tersayang anda, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

===========================

      AKADEMI BEKERJA DARI
       RUMAH

@@@ Menyediakan kelas secara online
@@@ Masa kelas, anda yang tentukan sendiri
@@@ Pengurus online terlatih senantiasa bersiap sedia membantu anda

Jika ingin mendaftar boleh email saya email sariah.awangsenik@gmail.com.
Anda boleh juga singgah di blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

REJECT BRANDED PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Assalamulaikum, tentu bila kita pergi shopping pasti kita ternampak barang-barang yang cantik tapi tidak mampu nak beli sebab terlalu mahal. Sejak kebelakangan ini, saya minat dengan perfume ataupun minyak wangi tapi mampu nak beli sebab terlalu mahal.

Kini ada cara lain untuk membeli perfume berjenama dengan harga yang berpatutan. Walaupun harganya hampir semua seratus ke atas tetapi tahan lama dan  adalah yang original.

REJECT BRANDED PERFUME, reject bukan bermakna rosak cuma ada kecacatan dari segi pembungkusan dan juga label.
Ianya boleh juga diuji keasliannya dengan cara yang tersendiri.
Anda boleh lihat katalog yang dilampirkan dan jika berminat ingin mendapatkannya boleh terus hubungi saya :
@@ Sariah Awang Senik
@@ 019-4075634
@@ Email sariah.awangsenik@gmail.com
Anda boleh juga sms ataupun whatshapp saya untuk sebarang pertanyaan.

Coretan Perfume
Sariah Awang Senik

Untuk sebarang testimoni pelanggan yang telah pun menggunakan produk ini, anda boleh layari laman web ini di http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.829420550410547&type=1

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...