Tuesday, 10 November 2015

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini terlalu banyak dugaaan yang harus ditempuhi. Ada sahaja masalah yang wujud sana dan juga sini. Apabila hati hamba Allah tidak pernah belajar untuk menjadi sabar dan bertindak ataupun membuat sesuatu pekerjaan di dalam perasaan positif.

Ada benarnya, apabila bekerja dengan seorang yang tidak profesional, maka secara tidak langsung akan juga meninggalkan kesan terhadap diri sendiri. Apabila seseorang itu hanya memikirkan urusan kerja tanpa memperdulikan hal yang lain. Terasa perasaan tidak senang hati menguasai diri apabila terlalu asyik fikirkan hal yang lain tanpa menjalankan kewajikan kepada yang maha esa.

Ternyata diri ini amat lemah untuk berusaha membantah walaupun hanya seketika. Berbahagialah seseorang hamba Allah itu jika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tidak mampu berbuat apa-apa hanya terus berdoa dan berdoa, moga Allah ada jalan yang sebaik-baiknya untuk umatnya yang semakin lemah ini. Mencari kekuatan disebalik dugaan dan juga kelemahan diri.

Ya Allah, Ya Rabbi kau permudahkan setiap usahaku untuk lebih berjaya, kaya dunia dan akhirat.

Coretan Ikhsan
Sariah Awang Senik

Friday, 6 November 2015

HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Awal pagi anak dara sudah bersiap-siap hendak ke sekolah bersempena Hari Kantin di sekolahnya. Dari gaya dia bercerita, nampaknya tahun ini sekolahnya mengadakan hari kantin yang sangat meriah juga. Kebetulan pula cuaca pagi ini sangat cerah walaupun awal pagi tadi ada kabus tebal ekoran dari hujan lebat semalam.

Bermacam acara yang telah disediakan oleh para guru yang begitu gigih dan tekun menyiapkan semua acara untuk mengembriakan semua anak murid selepas menjalani peperiksaan akhir tahun dan juga peperiksaan UPSR.

Antara acara yang disediakan ialah jualan makanan yang dimasakkan sendiri oleh semua guru-gurunya, nyanyian karoke, tayangan cerita perdana, permainan sampan air, permainan rumah hantu, jualan cenderahati dan pelbagai lagi acara yang sangat menarik.

Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun yang sebelumnya, kali ini tiada anak-anak murid yang membantu bersama guru-guru menjual pelbagai makanan yang enak. Hanya sebahagiannya sahaja. Kemungkinan kesuntukan masa ataupun para guru tidak mahu menyusahkan anak-anak muridnya.

Semua barang jualan dan juga permainan adalah berdasarkan sistem jualan kupon. Ada kupon RM 1 dan juga RM0.50. Hampir RM 30 jugalah saya membelikannya kupon supaya dia dapat bermain pelbagai permainan yang telah disediakan. Apa yang pasti dia sangat seronok dan gembria melihat saya dan juga abangnya datang ke sekolah. Dari riak wajahnya, dia sangat gembria dan seronok menyertai semua acara yang diadakan sempena hari kantin di sekolahnya.

Jujur saya sangat berpuas hati melihat keadaan dia begitu. Walaupun ada sedikit kekurangan namun dia tidak sesekali berasa rendah diri dan dapat menjalani kehidupan seperti mana anak-anak yang lain.

Tidak masa berlalu begitu pantas. Waktu saya sedang menulis entri ini, dia telah pun lena tidur kerana terlalu letih bermain. Melihat dia sedang nyenyak tidur dengan, hati berasa tenang dan damai.

Syukur Ya, Allah. Terima kasih atas segala rahmat dan anugerahmu yang tiada ternilai harganya.

Corak carik Hari Kantin
Sariah Awang Senik

Thursday, 5 November 2015

PROMOSI EBOOK NOVEMBER

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Syukur telah pun bermula bulan November yang sangat indah dan nyaman ini.

Ada promosi ebook terbaru dari AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Dengan harga yang sangat yang berpatutan anda akan dapat membaca sambil menambah ilmu pengetahunan bagi anda yang ingin menjana pendapatan sendiri dari rumah.

Antara ebook tersebut ialah :
@@@ Yeay Mama Sudah Resign
@@@ Surirumah Juga Boleh Berbisnes
Harga RM 50.

@@@ Belajar Asas Blog
@@@ 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
@@@ Panduan Mula Bisnes Butik
@@@ 101 Idea Home Based Bisnes
Harga RM 100.

Jika anda bersedia dan ingin dapatkan ebook-ebook ini dengan harga yang menarik bolehlah hubungi saya Sariah selaku salah seorang pengurus online di ABDR di no 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday, 4 November 2015

TIDAK SEHEBAT MANA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kita tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kuasa Allah yang maha kuasa.
Jika dikurniakan dengan harta kekayaan, kepandaian, kuasa juga bukan lagi dikira hebat. Sebab segala yang kita miliki bukanlah hak kita yang sepenuhnya. Betapa hari ini kehidupan kita susah, esok lusa mana tahu bakal berubah di dalam sekelip mata. Saat hati diselubungi oleh segala resah, akan tiba pula saat bahagia menjelma lagi.

Mana tahu, saat kita membenci seseorang, mungkin juga dia sedang berdoa agar kita akan prolehi lagi mahligai kebahagiaan. Mungkin perasaan bersalah menghantui dirinya dan dia terus-terusan berdoa untuk kita.

Maka kita memang tidak sehebat mana dan sekuat tuan yang memiliki seluruh alam ini. Setiap hati anak adam ada tuan pemiliknya yang abadi. Jadi teruskan berdoa dan berharap terus kepada Allah tanpa melalui sebarang perantaraan. Yakinlah kuasa Allah maha hebat dan juga kuat. Dan sewajarnya kita tidak boleh sesekali berputus asa dan berusaha lagi memperbaiki diri untuk sebuah kehidupan yang lebih abadi di sana nanti. Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

KREATIFNYA ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang pulang ke kampung bercuti dan menghabiskan masa bersama abah dan juga mak cik di kampung. Ketika sedang berehat dan berfikir idea baru untuk entri baru untuk blog kesayangan ini iaitu Travelog Kehidupan.

Ketika sedang melihat sekeliling bilik dan rumah abah kesayangan aku, aku dapat lihat banyak hasil kerja kreatif abah aku terdapat di sekeliling rumah ini. Antara yang paling saya rasakan sangat kreatif ialah di mana tempat duduk kerusi besi yang tidak lagi mempunyai kakinya telah diolah kembali menjadi tempat letak periuk nasinya di dapur. Kerusinya berkaki besi dan telahpun berkarat. Jadi abah telah potong dan jadikan sebagai tempat letak periuk nasi elektriknya.

Selain daripada itu, abah juga membuat sendiri kabinet untuk meletakkan barang-barang seperti kuali besar dan juga periuk belanga. Sekali pandang macam almari biasa. Tapi bila buka, barulah perasan segala mak nenek kuali  periuk dari yang kecil hinggalah yang besar tersusun kemas di dalam almari tersebut.

Abah juga pandai membuat sendiri almari buku untuk menyimpan buku-buku pilihan. Saya masih ingat ketika kecil dahulu, kalau senduk gulai patah, abah akan gantikannya dengan tempurung kelapa. Dan batangnya digantikan dengan sejenis kayu. Abah juga membuat sendiri acuan cendol arwah emak saya dahulu. Tetapi saya tidak sempat hendak mengambil gambarnya dan letakkannya di entri ini.

Insha Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk selitkan hasil kerja kreatif abah saya di entri yang seterusnya.

Coretan Abah
Sariah Awang Senik

PENTINGNYA ILMU SESUATU PRODUK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari Rabu pertama di dalam bulan November. Sekejap je masa berlalu. Sebulan lagi dah pun masuk penghujung tahun. Hari ini seperti biasa saya memulakan rutin harian seperti biasa. Waktu persekolahan memang masa saya di rumah agak cepat berlalu.
Setelah anak-anak semua ke sekolah, saya mengambil keputusan untuk pergi ke pasar tani di daerah tempat saya tinggal. Ada masanya tidaklah banyak mana saya membeli barang-barang mentah. Kebiasaannya hanya sedikit sahaja. Pasar basah pula dibuka seperti biasa.

Selesai membeli beberapa jenis sayur kampung, saya singgah sekejap membeli sotong dan juga ikan di pasar basah berhampiran. Saya bercadang hendak memasak sambal sotong dan juga ikan kerisi goreng. Ikan kerisi adalah ikan kegemaran anak-anak saya apabila saya lebih suka mengoreng sahaja ikan tersebut. Setelah memilih sotong yang cantik dan segar, saya memilih pula beberapa ekor ikan kerisi. Seperti biasa saya sempat berpesan pada kakak yang menjual ikan tersebut supaya ikan itu dibuang sisik dan juga perutnya.

Ketika sedang menunggu ikan tersebut disiang, dengan secara tidak sengaja kakak yang menjual sotong dan ikan tersebut tersiang sekali sotong yang saya pilih tadi. Saya berkata kepadanya, tidak payahlah bersihkan sotong itu, sikit sahaja, tetapi dia tetap berkeras hendak membersihkannya juga. Katanya, " Tidak mengapa, balik nanti tinggal masak je ".
Saya hanya senyum dan mendiamkan diru sahaja. Nyata kakak ini bukan sekadar menjual sotong dan ikan, tetapi sangat pandai mengambil hati para pelanggannya. Di samping itu juga, dia sempat memberitahu saya cara yang paling cepat dan pantas hendak membersihkan sotong dan memasak sambal sotong tanpa mengambil masa yang lambat. Sotong adalah sejenis hidupan laut berbadan lutsinar. Ada beberapa jenis sotong. Jenis yang senang dimasak dan juga ada setengahnya yang agak liat. Katanya lagi, kalau tidak mahu sambal sotong jadi terlalu lembik, maka sotong itu kenalah direbus terlebih dahulu. Cili harus ditumis terlebih dahulu dan setelah masak, masukkan garam, gula dan asam dan kemudian barulah masukkan sotong. Rupanya baru saya tahu, kenapa setiap kali memasak sambal sotong, sotong jadi lembik dan tidak segar memasak.

Rasa bertuah hari ini, kerana bukan sahaja dapat membuat sambal sotong yang sedap untuk anak-anak, malah dapat juga sedikit ilmu yang bakal saya kongsikan dengan orang lain. Mungkin ada yang tahu tips ini semua, tapi bagi saya ianya adalah satu pengalaman yang baru.

Di dalam perjalanan pulang dan sampai dirumah, saya terfikir rupanya untuk hanya menjual ikan dan sotong ataupun apa sahaja, ilmu tentang sesuatu produk tersebut amatlah penting. Bagaimana dengan penerangan dan perbualan yang secara spontan dan santai secara tidak langsung dapat menarik pelanggannya yang tersendiri. Begitu jugalah halnya dengan Akademi Bekerja Dari Rumah. Akademi ini bukanlah MLM ataupun jualan langsung. Ianya sebenarnya mengajar sesiapa sahaja belajar tentang cara penulisan blog yang secara santai dan sekaligus menjana pendapatan daripada.

Penjelasan akan segala kelebihan dan.kemudahan yang bakal diprolehi setelah mahir menulis sesuatu entri untuk blog amatlah luas. Kongsikan juga kisah sahabat ABDR yang telah berjaya meraih pendapatan dengan hanya berkongsi kisah ataupun minat di blog. Penulisan blog boleh digunakan untuk tujuan berbisnes ataupun berkongsi apa sahaja yang dapat memberikan manfaat kepada semua yang singgah membaca blog kita.

Dengan itu kita boleh gunakan blog untuk pelbagai tujuan. Jika ada yang berminat ataupun telah bersedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang ABDR ini, sila hubungi saya Sariah Awang Senik di 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Hari Rabu
Sariah Awang Senik

Tuesday, 3 November 2015

NOVEMBER DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, bulan November kembali menjenguk lagi di tirai kehidupan ini. Terasa masa berlalu begitu cepat sekali.
Anak-anak makin membesar dan semakin memahami erti menjalani sebuah kehidupan yang serba indah ini. Betapa setiap hari Allah senantiasa memberi peluang kepada setiap hambanya untuk berubah dan memperbaiki diri. Namun tetap sahaja leka dengan keasyikan dunia yang sementara ini.

Hanya sebulan sahaja dan tahun 2015 ini akan berakhir. Apa pun masih banyak perkara yang harus saya selesaikan dan terus fokus kepada kepada matlamat asal. Adakalanya tersasar juga daripada sasaran dan harus kembali semula ke landasan yang sepatutnya.

Apa pun sempena bulan November ini saya doakan semua sahabat-sahabat alam maya dan juga di luar sana serta para pembaca setia blog yang singgah membaca agar semua perjalanan dan urusan anda berjalan dengan lancar dan jayanya. Aamiin.

Coretan November
Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...